Ini bukan kali pertama ahli Blackpink ini menunjukkan taring di mata dunia.
Tak boleh disangkal lagi, Lisa Manobal daripada grup Blackpink merupakan salah seorang bintang K-Pop paling popular pada waktu ini.
Selain bergelar seorang penyanyi dan rapper, rezeki Lisa juga cukup murah di luar bidang seni hiburan apabila bergelar duta antarabangsa bagi pelbagai jenama serta kategori produk; daripada jenama fesyen hingga ke jenama automotif di Korea, negara asalnya Thailand serta di negara Barat.
ARTIKEL BERKAITAN : Lisa BLACKPINK Sambut Hari Lahir Ke-25 Di Thailand, Bahagia Disamping Tersayang
Semalam, Lisa sekali lagi melakar kejayaan terbaru menerusi acara MTV Europe Music Awards (EMAs) 2022 yang berlangsung di Jerman. Selepas kali terakhir menerima trofi bagi kategori ‘Best K-pop’ di acara Video Music Awards (VMAs) 2022, semalam Lisa sekali lagi menggondol kategori yang sama di acara berbeza yang dianjurkan oleh MTV.
#LISA’s message after winning ‘Best K-Pop’ at the 2022 MTV EMAs!#LalisaMTVEMAsWin pic.twitter.com/mqpnaeAPNZ
— 🖤✨ (@jenniesrenes) November 13, 2022
Tambah menarik, Lisa kini secara rasmi merupakan artis solo dari Korea Selatan yang pertama dalam sejarah yang berjaya merangkul kedua-dua trofi ‘Best K-Pop’ sekaligus di EMAs dan VMAs.
Sementara itu, kumpulannya Blackpink juga membawa pulang trofi bagi kategori ‘Best Metaverse Performance’ di acara semalam.
Selain Lisa Manobal, penyanyi Taylor Swift juga mencipta sejarah di EMAs dengan mendominasi empat kategori termasuklah Artis Terbaik, Video Terbaik, dan Pop Terbaik. Penyanyi Anti-Hero itu juga memenangi kategori Video ‘Longform’ Terbaik untuk video muzik All Too Well (10 Minutes) (Taylor’s Version).
BACA LAGI: Jarang ‘Expose’ Di Media Sosial, Ini Wajah Ibu Lisa BLACKPINK Yang Tinggal Di Thailand
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.