
Tidak dapat dinafikan lagi populariti yang dikecapi oleh salah seorang ahli kumpulan Blackpink ini memang luar biasa. Lisa Blackpink telah pun dipilih sebagai selebriti yang menjadi penghias kulit majalah fesyen popular antarabangsa Harper’s Bazaar China untuk edisi April dan terdapat laporan yang menyatakan majalah tersebut habis dijual hanya dalam satu minit sahaja.


Menurut informasi yang diterima di Twitter, pengguna yang dikenali sebagai SASO telah memuat naik ciapan “OMG! Sold out in 1 minutes!!!
OMG!sold out in 1 minutes!!!!#LisaxBazaar pic.twitter.com/OcriX4uPvK
— SASO🏳️🌈 (@Sasori_YY) March 26, 2021
Individu itu menjelaskan beliau sempat membeli 18 buah majalah tersebut dan memberitahu bahawa ia sudah di restock kembali. Namun begitu, tidak lama kemudian SASO memuat naik lagi ciapan di Twitter dengan mengatakan ia sekali lagi sudah habis dijual dan link pembelian telah pun ditutup.
Tidak lama kemudian, ia di restock kembali dengan jumlah 10,000 salinan tetapi selepas 10 minit kemudian, hanya tinggal 665 buah majalah.


Kalau di negara kita jualan majalah semakin berkurangan, tetapi di China ia masih mendapat sambutan kerana memaparkan kisah bintang antarabangsa kesayangan ramai.
Pergh, memang hebat betul penangan Lisa ni ya. Hiks!
Sumber: Twitter
Kacukan Sri Lanka-Scotland & Miliki IQ 180, Fakta Menarik Tentang Amelia Henderson

Amelia Henderson, bukan sahaja hebat sebagai seorang pelakon dan model, dia merupakan seorang pengacara masa kini yang cukup bagus dalam kerjayanya. Ini dibuktikan menerusi saluran Studio Sembang kendaliannya yang berjaya memukau penonton dengan caranya mengemudi setiap temu bual.
Miliki IQ 180, Menarik Tentang Amelia Henderson

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai dirinya..
- Dilahirkan pada 20 Oktober 1995, nama sebenar Amelia ialah Amelia Thripura Henderson.
- Berasal dari Klang Selangor. Ibu Amelia merupakan kacukan Sri Lanka-Malaysia manakala bapanya pula berdarah Scotland dan seorang arkitek.
- Aktif sebagai model sejak kecil, Amelia kerap menghiasi naskah iklan dan pernah menjadi wajah hadapan majalah Bintang Kecil yang sangat popular satu ketika dahulu.
- Pernah ‘meninjamkan’ suaranya sebagai Barbie dalam tiga siri animasi Barbie.
Amelia bersama ibu ketika bayi. - Amelia pernah bergelar sebagai kerabat Diraja Kedah apabila mengahwini Tunku Dato’ Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar ketika berusia 20 tahun. Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
- Bukan calang-calang orangnya, Amelia memiliki IQ 180 dan bergelar ahli Mensa International. Pertubuhan itu dikhususkan untuk mereka yang memiliki IQ yang tinggi.
- Memiliki tubuh yang tinggi lampai, Amelia pernah dinobat sebagai Malaysia Model of The Year pada Asia Model Festival 2019 yang diadakan di Seoul, Korea.
- Berbakat sebagai pelakon dan model, Amelia kini mengorak langkah sebagai seorang pengacara. Kalau nak tahu Amelia pernah menjadi pengacara program Hero Remaja pada tahun 2020 yang mana Nadhir Nasar menjadi juara edisi tersebut.
- Di samping itu, wajah Amelia juga membintangi banyak drama tempatan antaranya Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, Pengantin 100 Hari, Jangan Benci Cintaku dan Cinta Non Grata.
- Di sebalik wajah cantik dan tubuh ideal dimilikinya, Amelia mendedahkan dia aktif dengan rutin tarian. “Saya tak mempunyai apa-apa rahsia untuk kekal cergas tetapi saya suka menari. Hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan menari.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gara-Gara Tolak Lamaran Kahwin, Pelakon India Malvi Malhotra Pernah Cedera Ditikam, Lega Pengarah Kena Penjara!

Selepas empat (4) tahun mengalami trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang popular menerusi naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra (27) kini boleh menarik nafas lega.
Menurut laporan Indian Express, ia susulan seorang pengarah lelaki yang didakwa telah menikamnya diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara selama tiga (3) tahun akibat jenayah yang dilakukan.
Menerusi kronologi kes, Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya oleh lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengarah yang bernama Yogesh Mahipal Singh.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan


Pelakon wanita itu didapati tercedera pada bahagian tangan dan perut selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu berkahwin dengannya.
“Saya berdepan dengan trauma yang teruk selepas kejadian itu. Ia lebih daripada kecederaan atau kesan tikaman tetapi memberi impak yang besar terhadap mental saya”



Menerusi akaun media sosial Malvi turut meluahkan rasa syukur, “Terima kasih pihak berkuasa kerana telah memberi saya keadilan. Kesabaran saya berbaloi. Setiap perbuatan ada balasan dan keadilan selalu berpihak kepada yang benar.”
Sebelum ini, pelakon filem ‘Hotel Milan’ dan ‘Abhyooham’ itu memberitahu menerima Yogesh sebagai kenalan selepas lelaki itu mahu menjalin hubungan persahabatan dengannya menerusi aplikasi Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Sean Lee Tidak Munculkan Diri, Rupanya Tercedera Sampai Tolak Tawaran Filem
Mereka kemudian berkawan dan pernah keluar bersama sebelum Malvi menjauhkan diri selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu mengahwininya. Sejak dari itu Yogesh mengintip pergerakan Malvi sehingga berlakunya insiden tikaman empat tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
7 Filem Tentang Virus Bahaya Untuk Korang Tonton, Let’s Marathon

Serangan virus corona telah menggemparkan dunia sehinggakan beberapa buah negara telah pun menggantung kemasukan orang asing. Perkara ini diambil serius demi menjaga keselamatan orang ramai.
Namun begitu, korang jangan pula panik sehingga menyebarkan fakta yang tidak betul. Rujuk pada pihak yang bertanggungjawab dan bukannya percaya bulat-bulat dengan apa yang disampaikan di media sosial.
Dalam kehangatan isu virus ini, teringat pula kami tentang filem berkisarkan tentang wabak yang menarik untuk ditonton. Berikut kami senaraikan antara 7 buah filem best yang korang boleh cari.
1. The Flu
Pelakon: Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-ha, Yoo Hae-jin
Wabak H5N1 merebak ke seluruh populasi urban dengan 2000 kes setiap satu jam dan kematian terjadi selepas 36 jam jangkitan. Akibat virus yang merebak itu, sesiapa yang menghidap wabak tersebut dikuarantin dan dipulaukan. Dalam perjuangan meneruskan hidup, seorang bomba dan doktor datang untuk mencari penawar.
2. Inferno
Pelakon: Tom Hanks, Felicity Jones, Omar Sy, Ben Foster, Irrfan Khan, Sidse Babett Knudsen
Tom Hanks kembali dengan watak Robert Langdon, seorang profesor Harvard dan symboligist yang perlu merungkai petunjuk di Florence bersama dengan sekutunya, doktor Sienna Brooks. Bersama mereka perlu menghentikan wabak yang dibuat oleh seorang ahli genetik gila yang mahu mengurangkan populasi manusia.
3. Contagion
Pelakon: Matt Damon, Kate Winslet, Gwyneth Paltrow, Jude Law, Laurence Fishburne, Marion Cotillard
“Contagion” mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan oleh udara dalam hanya beberapa hari. Dalam pada wabak maut tersebut merebak pantas, sepasukan doktor dari serata dunia berganding bahu mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang menular lebih cepar berbanding virus tersebut.
Filem ini turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak.
4. Train to Busan
Pelakon: Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn
Wabak virus zombi mula merebak di Korea Selatan, menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan, yang mana berkemungkinan tempat selamat untuk pelarian.
Tetapi ketika dalam perjalanan, mereka juga terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.
5. Resident Evil
Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Oded Fehr, Mike Epps
Sebuah syarikat Umbrella Corporation telah melakukan ujikaji vaksin dan senjata bio-teknologi yang dikenali sebagai T-Virus dan telah dicuri oleh seseorang. Salah satu tempat penampungan virus itu pecah dan menjangkiti semua orang di dalam pejabat Umbrella Corporation yang berubah menjadi zombie.
Kemudian, pasukan khas telah diturunkan ke sana untuk mematikan sistem dalam makmal dan mereka perlu berhadapan dengan zombie.
6. I Am Legend
Pelakon: Will Smith, Alice Braga, Dash Mihok
Robert Neville merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dari virus yang berpunca daripada ubat penyembuh kanser. Bila malam menjelma, dia terpaksa menyelamatkan diri daripada serangan zombie. Malah, lelaki ini juga turut berusaha untuk membuat penawar agar dapat menyembuhkan manusia yang berubah menjadi zombie.
7. Dawn of the Planet of the Apes
Pelakon: Andy Serkis, Jason Clarke, Gary Oldman, Keri Russell, Toby Kebbell, Judy Greer, Kodi Smit-McPhee
Negara semakin berkembang dengan kemunculan genetik mawas yang diketuai oleh Caesar telah diancam oleh sekumpulan manusia yang terselamat daripada terkena virus yang dahsyat sedekad yang lalu.
Keamanan hanya sementara dan peperangan pasti tercetus antara kedua-dua belah pihak untuk menentukan siapakah sebenarnya merupakan makhluk Bumi yang dominan
Sumber: cinemaonline