Tidak dapat dinafikan lagi populariti yang dikecapi oleh salah seorang ahli kumpulan Blackpink ini memang luar biasa. Lisa Blackpink telah pun dipilih sebagai selebriti yang menjadi penghias kulit majalah fesyen popular antarabangsa Harper’s Bazaar China untuk edisi April dan terdapat laporan yang menyatakan majalah tersebut habis dijual hanya dalam satu minit sahaja.
Menurut informasi yang diterima di Twitter, pengguna yang dikenali sebagai SASO telah memuat naik ciapan “OMG! Sold out in 1 minutes!!!
Individu itu menjelaskan beliau sempat membeli 18 buah majalah tersebut dan memberitahu bahawa ia sudah di restock kembali. Namun begitu, tidak lama kemudian SASO memuat naik lagi ciapan di Twitter dengan mengatakan ia sekali lagi sudah habis dijual dan link pembelian telah pun ditutup.
Tidak lama kemudian, ia di restock kembali dengan jumlah 10,000 salinan tetapi selepas 10 minit kemudian, hanya tinggal 665 buah majalah.
Kalau di negara kita jualan majalah semakin berkurangan, tetapi di China ia masih mendapat sambutan kerana memaparkan kisah bintang antarabangsa kesayangan ramai.
Pergh, memang hebat betul penangan Lisa ni ya. Hiks!
Sumber: Twitter