Lisa Blackpink Jadikan Solekan Freckles Nampak Cool! Ini 4 Produk Yang Boleh Dicuba

Share

 

Jika dahulu freckles dianggap sebagai satu tanda cacat-cela pada wajah seseorang. Namun sekarang, freckles adalah satu trend yang semakin digilai remaja seluruh dunia.

Bukanlah bermaksud korang perlu berjemur di tengah panas untuk mendapatkan kesan tersebut pada kulit wajah. Apa yang boleh dilakukan adalah menggunakan item solekan bagi mendapat efek yang mirip dengan freckles.

Terbaru, anggota Blackpink, Lisa telahpun mempopularkan kembali trend ini menerusi poster single

Blackpink & Selena Gomez yang akan dilancarkan pada hari Jumaat ini berjudul Ice Cream.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink bakal beralih kepada lakonan?

Cantik kan! Cuba korang sendiri cipta look seperti ini.

 

FRECK Faux Freckle Cosmetics Neutral

Bersifat buildable dan mampu tahan lama, item solekan ini membuatkan freckles korang kelihatan realistik dan natural. Ia juga bebas daripada paraben dan phthalate.

 

LIME CRIME Freckle Pen RM80

Didatangkan dengan felt tip

seperti pen, ia memberikan efek yang lebih natural apabila diaplikasikan pada hidung dan pipi. Ia didatangkan dalam 2 warna berbeza untuk kesesuaian kulit cerah dan sawo matang.

 

LOTTIE LONDON Freckle Tint RM38.50

Mempunyai aplicator seperti bentuk berus, freckle tint ini bersifat vegan dan bebas daripada sebarang kandungan gluten. Dapatkan impak terbaik dengan meratakan (set) translucent powder pada wajah.

 

MARC JACOBS Highliner Matte Gel Eye Crayon Eyeliner RM124

Sekiranya korang enggan membeli produk baru untuk mencipta freckles, gunakan saja penggaris mata korang dalam tona coklat ataupun perang.

*

Jika korang mempunyai kulit yang sensitif dan tidak boleh mengikut trend seperti ini, hhm mungkin korang ingin tahu sekiranya diri sendiri mempunyai isu sama yang dihadapi oleh pelakon dan finalis Dewi Remaja 2009/10, Izara Aishah.

 

Published by
FZ