
Siapa tidak kenal dengan bintang seorang ini. Namanya kini dikenali seluruh dunia dan menjadi kegilaan ramai kerana rupa parasnya yang cantik dan bakat yang dimiliki.
Bukan paras rupa sahaja yang dipandang, setiap karyanya juga tidak pernah mengecewakan dan sering mencuri tumpuan para peminatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tolak Tawaran Kontrak $40 Juta, Lisa BLACKPINK Enggan Bekerjasama Lagi Dengan YG Entertainment?
Terbaharu, Lisa Blackpink sekali lagi tampil cemerlang mencipta rekod dalam platform muzik global apabila lagu solonya berjudul Money menjadi lagu pertama penyanyi K-Pop yang melepasi satu bilion penstriman di platform Spotify.
Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Money sebagai lagu sulung artis K-pop dan B-side pertama dengan kejayaan terbesar sepanjang zaman.
Untuk informasi, lagu berkenaan kini bersaing dengan lagu Woman nyanyian asal Doja Cat bagi kategori lagu rap artis solo wanita paling banyak distrim sepanjang zaman dalam Spotify iaitu sebanyak 1.3 billion penstriman.
SUMBER FOTO: Instagram Lisa
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ganti Bella Hadid Dengan Model Israel, Tindakan Melampau Dior Undang Kemarahan Netizen!




Mizz Nina Selamat Bernikah Dengan Pelakon, Penyanyi Dan Penulis Lirik

Penyanyi, penerbit dan usahawan, Mizz Nina hari ini telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan yang dia sudah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka bernama Essam Muhammad dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Pegumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran di laman Instagramnya memaparkan dia dan suami tampil berseri dalam persalinan rona putih sambil berpegangan tangan.
“Alhamdulilah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang indah ini ingin saya kongsikan kepada anda semua, dan itulah pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja bernikah pada suku kedua 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam suasana peribadi bersama keluarga dan rakan rapat,” kongsinya
Meninjau ke laman Instagram Essam, dibahagian biodata tertulis kerjayanya sebagai seorang penulis lirik, penyanyi dan pelakon.
Sama-sama terlibat dalam dunia seni, pemilik nama penuh Shazrina Azman ini menyatakan bahawa dengan restu kedua orang tua dia dan suaminya mampu menyempurnakan separuh daripada agama masing-masing. Mereka juga berniat untuk menggunakan bakat yang dimiliki ke arah dakwah.
“Allah adalah sebaik-baik perancang, dan telah menulis bab kehidupan kita ini dengan begitu indah. Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing. Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami.
“Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha kita dalam kerja yang kita lakukan adalah berakar pada iman dan asasnya akan sentiasa kerana Allah. Dunia ini sementara dan hari esok tidak pernah dijanjikan.
“Kami memahami bahawa perkahwinan adalah untuk menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan mempunyai belas kasihan dan bahawa niat utama haruslah sentiasa untuk mencari keredhaan Allah agar kita dapat melangkah melalui pintu-pintu Jannah bersama.
“Semoga Allah menggunakan bakat dan rezeki yang kita ada untuk memberi manfaat dan memartabatkan Ummah. Semoga Allah menjaga keikhlasan kita, dan sentiasa melindungi kita dalam perjalanan,” ujarnya panjang perihal ini.

Mengenai majlis perkahwinannya pula, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi, “Kami akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi di KL in shaa Allah.”
“Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat kami. Kami menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda. Kami berdoa dan memohon yang terbaik untuk pegangan dunia & akhirat buat anda semua,” tambahnya lagi.
Sedikit informasi, sebelum ini Mizz Nina pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selama lebih sepuluh tahun sebelum mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu. Mereka juga memiliki seorang anak angkat yang dikenali dengan nama Musa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gigi Hadid Kejutkan Pengunjung 2018 Coachella Valley Music and Arts Festival Dengan Pengumuman Tergempar

Siapa tidak kenal dengan nama Jeremy Scott terutamanya di kalangan penggemar fesyen trend semasa. Dia yang sebelum ini cukup popular dengan rekaan sneakers Adidas kini bakal melakukan satu lagi kolaborasi menarik.
Jeremy yang kini bergelar sebagai Pengarah Kreatif jenama fesyen ikonik dari Itali iaitu MOSCHINO. Dan kali ini kersama istimewa ini menyaksikan mereka bekerjasama dengan H&M, jenama fesyen mampu milik yang menjadi sebuah produk kegemaran global.
Apa yang menarik pengumuman kerjasama ini dilakukan di menerusi laman media Instagram menerusi live call dari supermodel sensasi, Gigi Hadid kepada Jeremy Scoot yang juga merupakan kawan baiknya. Bersama-sama mereka mengumumkan projek kolaborasi koleksi MOSCHINO [tv] H&M.
Pengumuman ini dilakukan di parti MOSCHINO ketika berlangsungnya festival muzik dan seni paling popular di kalangan hipster iaitu Coachella 2018. Ia kini kini sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat.
Tayangan yang dipacarkan menerusi projektor digital di festival muzik tersebut telah mengejutkan peminat. Gigi dan Jeremy muncul menggayakan koleksi terbaru MOSCHINO [tv] H&M melakukan pengumuman yang tidak terjangka itu.

Dan koleksi yang diramalkan bakal menjadi rebutan dan sold out dalam sekelip mata ini akan mula berada di pasaran pada 8 November hadapan.
“Kami berasa cukup teruja dengan projek ini. Kerjaya saya di dalam fesyen ialah cuba menghubungkan seberapa ramai orang menerusi industri ini. Dan menerusi kolaborasi ini, ia pasti dapat mencapai dan menarik lebih ramai orang kepada fesyen,” jelas Jeremy Scott lagi menerusi video tersebut.
MOSCHINO [tv] H&M merupakan kolaborasi dan kempen radikal inovasi berkonsep TV di mana media tradisional dan media sosial bertembung mencipta pengambil alihan platform dalam dunia digital.
Nantikan koleksi terbaru yang bakal berada di pasaran nanti!