Sekiranya pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan tentang fenomena majalah Harper’s Bazaar China yang habis terjual disebabkan pemilihan Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink sebagai penghias wajah hadapan (cover) bagi isu April 2021.
Pemilihan Lisa itu cukup tepat memandangkan bintang kelahiran Thailand itu kini sedang popular di China menerusi rancangan realiti Youth With You musim ketiga.
ARTIKEL BERKAITAN : Youth With China 3 Tampilkan Peserta Malaysia!
Pada cover tersebut, Lisa mencuri perhatian dalam persalinan bralette, jaket kulit dan topi dari jenama Celine – salah satu jenama yang mengambil Lisa sebagai duta globalnya.
BACA LAGI : Lisa Blackpink Hiasi Cover Majalah Harper’s Bazaar, Sold Out Dalam Masa 1 Minit – REMAJA
Namun, seminggu setelah cover tersebut dimuat naik, Lisa terpalit dengan kontroversi akibatnya.
Menurut portal hiburan K-pop iaitu Koreaboo, Bazaar China memadamkan kesemua foto dan video promosi yang menampilkan Lisa platform media sosialnya kerana isu politik membabitkan pembuatan kain kapas (cotton) di daerah Xinjiang.
Untuk pengetahuan, beberapa syarikat jenama fesyen seperti Adidas, Nike dan H&M telah memboikot pembuatan kain kapas Xinjiang yang didakwa terpalit dengan isu pemaksaan buruh.
Daerah itu juga dikatakan mengamalkan diskriminasi terhadap etnik minoriti. Lalu, syarikat-syarikat ini enggan menggunakan kapas yang dihasilkan dari sana.
BACA LAGI : Simpati Terhadap Etnik Uighur, Trending Tanda Boikot Produk H&M Dan Nike Di China – REMAJA
Sebagai respon balas, masyarakat China kini memboikot semula jenama-jenama besar tersebut.
Jadi, apa kaitannya Lisa dalam kontroversi ini?
Kumpulan Blackpink telah dilantik sebagai wajah adidas Originals untuk pasaran Korea Selatan dan di benua Asia pada awal tahun ini.
Disebabkan pemilihan Lisa yang merupakan duta adidas sebagai covergirl, Bazaar China memadamkan foto Lisa sebagai tanda sokongan terhadap boikot China ke atas adidas.
Terdahulu, dua selebriti popular K-pop yang berasal dari China telah memberikan sokongan terhadap pendirian China. Ini melibatkan bekas ahli GOT7, Jackson Wang yang menarik diri daripada kerjasama dengan adidas. Bekas ahli f(x) iaitu Victoria juga menarik diri daripada menjadi model H&M.
Bazaar China mahupun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment setakat ini masih belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.
Malang juga nasib Lisa kan, penat-penat menyertai penggambaran cover majalah tetapi akhirnya perlu akur dengan kontroversi ini.