Kira-kira tinggal lebih dua minggu sahaja lagi sebelum fesyenista di seluruh dunia akhirnya disajikan dengan banjiran gaya fesyen di acara tahunan Met Gala 2022.

Selang tujuh bulan selepas edisi 2021-nya dilangsungkan dengan tema ‘In America: A Lexicon of Fashion’, Met Gala kembali semula ke tarikh asalnya pada minggu pertama bulan Mei, untuk tahun ini. Ini bermakna, kita di Malaysia boleh bersiap sedia untuk menonton acara karpet merah Met Gala pada 2 Mei kelak.

Lisa Manoban Mungkin Muncul Di Karpet Merah Met Gala, 2 Mei Ini?
Sebahagian daripada dekorasi dalaman di Met Gala 2016 dengan tema “Rei Kawakubo/Comme des Garçons: Art of the In-Between”.

Mungkin pada permukaan, tema tahun ini iaitu ‘In America : An Anthology of Fashion’ kedengarannya seakan sama dengan tema tahun lalu. Namun menurut Vogue selaku penganjur, tema kali ini dianggap ‘bonus’ atau ‘bahagian kedua; kepada tema 2021 di mana ramai selebriti dijangka bakal memperagakan persalinan yang lebih meriah gayanya; bersesuaian dengan era ‘Gilded Age’.

Bercakap mengenai selebriti, posisi hos Met Gala 2022 bakal dikongsi di antara Regina King, Blake Lively, Ryan Reynolds dan Lin-Manuel Miranda.

Ads
Lisa Manoban Mungkin Muncul Di Karpet Merah Met Gala, 2 Mei Ini?
(Dari kiri) : Lin-Manuel Miranda (Encanto), Blake Lively, Ryan Reynolds dan Regina King.

Manakala, di antara jemputan yang disebut-sebut bakal muncul di karpet merah tersebut termasuklah Kim Kardashian dan Pete Davidson (#Kete? #Pim?) SERTA *drumrolls please* Lisa Manoban daripada grup popular, Blackpink!

Lisa Manoban Mungkin Muncul Di Karpet Merah Met Gala, 2 Mei Ini?

Well… kehadiran Lisa masih belum disahkan oleh mana-mana pihak termasuklah syarikat labelnya, YG Entertainment. Begitupun, namanya kini hangat disebut-sebut oleh para Blinks sebagai sebagai jemputan yang akan hadir.

Ads

Kalau hendak diikutkan, tidak mustahil untuk Lisa dijemput oleh pihak majalah Vogue memandangkan seorang lagi ahli Blackpink, Rosé telah diberikan kepercayaan untuk berjalan mewakili jenama Saint Laurent pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Rosé & CL Catat Sejarah Hadir Ke MET Gala 2021 – REMAJA

Oleh itu, Lisa juga dijangka mewakili jenama yang mengambilnya sebagai duta antarabangsa yakni Celine dan Bvlgari.

Ads

Nak tahu sama ada khabar angin tersebut benar ataupun tidak, kenalah tunggu 3 Mei ini (waktu Malaysia).

BACA LAGI : 8 Selebriti Di MET GALA Cuba Sampaikan Mesej Penting Melalui Fesyen – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI