Setelah hampir empat hari meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya. Anak kepada penyanyi legenda Elvis Presley, Lisa Marie, 54 tahun akhirnya akan disemadikan dan dikebumikan berhampiran tempat persemadian bapa dan anaknya di Graceland, estet milik keluarga Presley di Tennesse, Amerika Syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN : Brooklyn Beckham Bergelar Suami Kepada Nicola Peltz Dalam Majlis Bernilai USD3.5 Juta
Anak tunggal “King of Rock ‘n’ Roll”, Elvis Presley akan disemadikan di Graceland, bersebelahan dengan anak lelakinya, Ben,” kata wakil keluarga.
Untuk info, anak lelaki Presley, Benjamin Keough dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2020. Dalam salah satu catatan terakhirnya di media sosial, Presley berkongsi penulisannya untuk majalah People tentang kesedihannya selepas kematian Benjamin.
“Saya telah berhadapan dengan kematian, kesedihan dan kehilangan sejak berumur 9 tahun. Entah bagaimana, saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini.
“Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan sama ada kita suka atau tidak, dan begitu juga kesedihan,” tulisnya.
Lisa Marie meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Riley Keough, seorang pelakon, anak kembar kembar Finley dan Harper Lockwood serta ibunya, Priscilla, 77.
Menurut laman web Graceland, Elvis Presley membeli Graceland pada 1957 dengan harga AS$102,500 ketika dia berusia 22 tahun. Kemudian dia tinggal di sana sehingga kematiannya pada 16 Ogos 1977. Lisa Marie, anak perempuan tunggal legenda muzik itu baru berusia 9 tahun ketika itu.
Bapa Elvis Presley, Vernon Presley, telah dilantik pemegang amanah harta pusaka tanpa wasiat Elvis. Lisa Marie Presley menjadi waris tunggal pada usia 25 tahun pada 1 Februari 1993.
Malah, mendiang juga merupakan pewaris tunggal estet Graceland yang berkeluasan 17,500 kaki persegi itu. Rumah agam itu adalah yang kedua paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat, selepas White House.
BACA : Comelnya Kucing “Pertama” White House, Rupa Macam Kucing Kampung Di Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.