Kemunculan Lisa Surihani selepas berhijab mendapat pujian ramai kerana wajahnya yang sweet dan nampak seperti awet muda. Kalau siapa tidak mengenali dirinya, mungkin tidak menyangka bahawa Lisa merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata. Hehe!
Penampilan terbaru Lisa sangat menyejukkan mata kerana walaupun bergaya ringkas, namun tetap memikat mata yang memandang.
Mana kan tidak, dengan hanya menggayakan tudung bawal simple
saja pun dah cukup membuatkan penampilannya disenangi ramai.Kerana ramai yang bertanyakan macam mana nak pakai tudung bawal seperti Lisa, selebriti wanita ini sudah pun berkongsi tutorial yang korang boleh ikut menerusi laman Instagram Rico Rinaldi.
1. Bawal square dilipat segi tiga dan pakai seperti biasa
2. Pin kan pada bahagian bawah dagu
3. Oleh sebab material yang digunakan adalah satin, jadi ambil peniti dan pin kan di bahagian tengah atas kepala
4. Kemudian, selempangkan kedua-dua bahagian depan tudung ke belakang
5. Ikat dengan kemas di bahagian belakang leher
6. Kemaskan di bahagian depan dan siap!
Kalau nak lihat dengan lebih details, korang boleh tonton di IGTV Rico Rinaldi.