Lisa, V BTS, Bergabung, Meletup! Hangatkan Pertunjukan Fesyen Celine Setelah Naiki Jet Serupa

Share

 

Khabar angin kononnya ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban ‘dianak tirikan’ oleh syarikat labelnya, YG Entertainment kerana tidak muncul di mana-mana minggu fesyen di Eropah kebelakangan ini nampaknya sekadar khabar angin sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN : BLACKPINK Teruskan Tradisi Hadiri Minggu Fesyen Paris, Tapi Mana Kelibat Lisa? – REMAJA

Ini setelah Lisa membuat kemunculan untuk pertunjukan fesyen Celine yang baru sahaja berlangsung di kota fesyen Paris.

Sejak hujung minggu lalu sebenarnya, Lisa telahpun menjadi tumpuan peminat K-pop dan fesyenista global setelah dia memuat naik foto sedang menikmati penerbangan ke Paris di dalam sebuah jet peribadi.

Sebagai duta global kepada jenama Celine, Lisa nampaknya diberikan layanan kelas pertama! Siap ada tas tangan Celine yang terukir namanya lagi di tempat duduk bersebelahan.

BACA LAGI : Lisa BLACKPINK Di Acara BVLGARI, Memukau Dengan Rambut ‘Blonde’ Tanpa ‘Bang’ – REMAJA

Apa yang menjadikan penerbangan Lisa ini lebih tular adalah apabila peminat percaya bahawa idola mereka ini sebenarnya berada dalam jet peribadi sama mirip ahli grup BTS, Kim Taehyung aka V yang juga dijemput ke Paris bagi menyaksikan pertunjukan fesyen itu.

Tempat duduk warna sama, checked. Siling dan dinding pesawat sama, checked! Namun, tiada siapa dapat mengesahkan sama ada duo K-pop tersebut berada dalam pesawat sama ataupun tidak.

ARTIKEL BERKAITAN :

*

Kehadirian Lisa dan V di pertunjukan fesyen Celine pada pagi ini bukan saja diiringi teriakan para Blinks dan Army di luar lokasi. Turut serta ialah pelakon kacak Korea Selatan, Park Bogum.

Seperti dijangka, stail Lisa tidak mengecewakan apabila dia memilih persalinan two-piece minimal namun tetap elegan; bersesuaian dengan koleksi pakaian lelaki Celine yang diperagakan pada kali ini.

Halter top hitam mengilau menambah seri wajah Lisa yang dirias ringkas, manakala celana pendek – juga berwarna hitam – memberi bayangan kaki panjang yang dimilikinya.

Bukan setakat itu, Lisa juga sempat melakukan tarian ‘Lalisa’ setelah terdengar lagu tersebut dimainkan oleh Blinks! Haih, memang untung kan mereka.

V tidak kurang hebatnya apabila memilih jaket kulit merah yang dipadankan dengan aksesori rantai bold. Manakala, Park Bogum turut digayakan dengan aksesori rantai mirip V bersama persalinan sut biru gelap dan turtleneck

hitam.

Ternyata, dominasi selebriti daripada Korea Selatan begitu dirasai di Minggu Fesyen Paris.

BACA LAGI : K-Poppers Malaysia Terbukti Suka Ciap Berkaitan K-Pop, Duduki Tempat Ke-7 Dunia – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ