Jika sebelum ini, beberapa siri Instagram Live pernah dikelolakan oleh selebriti, entrepreneur & Dewi Remaja 2009/10 sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Malah tak keterlaluan jika kami katakan Neelofa ialah di antara selebriti Malaysia terawal yang memulakan siri temubual menerusi Instagram.
Di antara personaliti yang pernah menerima jemputan beliau termasuklah mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rossa dan ramai lagi.
Hari ini, Neelofa sekali lagi membuat kejutan kepada peminatnya apabila menjemput pereka kasut terkenal dari luar negara iaitu Giuseppe Zanotti untuk sama-sama meluangkan masa menerusi Instagram pada sebelah petang tadi.
Temubual kasual yang bersiaran lebih kurang 30 minit itu rata-rata memaparkan soalan yang diajukan Neelofa kepada Giuseppe Zanotti. Iyalah, pereka terkenal itu sendiri pernah berkolaborasi dengan Neelofa untuk merekacipta sepatu tinggi khas.
Menariknya, pereka kasut terkemuka ini sempat mencapai kertas dan pen sambil melontarkan idea untuk kasut kahwin setelah Neelofa mencadangkan idea tersebut. Wah bestnya!
Antara perkara lain yang dibualkan oleh mereka adalah keadaan COVID-19 di Itali, kolaborasi Giuseppe Zanotti bersama selebriti popular termasuklah Jennifer Lopez, Kanye West dan rekaan kasut tumit tinggi bernama ‘Liza’ bersama Zanotti., pengalaman mereka di Itali dan juga nasihat ibu Giuseppe Zanotti.
Rata-rata netizen bangga dan teruja apabila Neelofa live bersama pereka kasut popular ini.
Untuk info, Giuseppe Zanotti merupakan pereka kasut pilihan ramai selebriti kelas A dari Hollywood.
Antara nama terkenal yang pernah menggayakan koleksi beliau termasuklah Kim Kardashian, Heidi Klum, Bella Hadid, Anne Hathaway dan ramai lagi.