Medsoc atau media sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Apa yang terlintas difikiran semuanya akan diluahkan di media sosial sehingga lupa menjaga adab, sensitiviti dan perasaan orang disekeliling.
Baru-baru ini, Tungku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tampil memuat naik Insta Story menjelaskan baginda bimbang masyarakat kini yang terlalu taksub dan ketagih pada media sosial.
“Gunakanlah media sosial secara bersederhana”
Dalam pada itu, baginda turut berkongsi bahawa kehidupannya semakin bertambah baik sejak mengurangkan penggunaan media sosial. Selain itu baginda memberi teguran kepada netizen agar menggunakan media sosial secara bersederhana dan mengisi masa yang ada sebaik mungkin.
“Lebih baik hidup di dunia yang sebenar lakukan perkara yang positif di samping individu yang tersayang yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan individu lain. Percaya dengan sebaik-baik Pencipta, Allah. Selamat malam,” tulisnya lagi.
Tambahnya, hidup di dunia sebenar adalah lebih baik dengan melakukan perkara positif bersama insan tersayang supaya dapat memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain.
Pada masa yang sama, baginda turut menyatakan tidak memiliki masa untuk melayan perkara remeh yang tidak mendatangkan faedah kepadanya.
“Saya tiada masa melayan orang gila”
Sebelum ini, hantaran di IG Story ibu kepada Neelofa, Noor Kartini mendapat perhatian ramai selepas menemplak dan mempertikaikan kata-kata Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar telahpun mencadangkan kepada pihak kerajaan agar melaksanakan sekatan penuh bersasar bagi negeri bersempadan.
Namun begitu, adalah tidak dipastikan pesanan ringkas itu ditujukan kepada siapa. Mungkin ia hanyalah teguran ‘umum’ kepada rakyat agar tidak melakukan perkara tidak berfaedah dalam hidup mereka.
Sumber: Instagram TMJ