
Heboh di media sosial tentang logo Visit Malaysia Year 2020 yang telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dikecam teruk oleh netizen.
Jelas sekali ramai rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan design yang dianggap tidak masuk akal kerana langsung tak menggambarkan kemajuan negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, salah seorang pengguna Facebook, Zarul Iqram telah pun berkongsi design yang mana katanya, “Our amateurs can do better”.
Berikut merupakan antara design yang bro ni kongsi kan:
Ha amacam, onz tak onz?
Peguam ‘Kotak Pensel’ Buka Semula Kes Amirul Nashriq, Orang Ramai Berharap Allahyarham Dapat Pembelaan Sewajarnya

Selepas kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain, terdapat lagi satu kes melibatkan kematian bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Nashriq Othman yang meninggal dunia setahun selepas pemergian Zulfarhan, iaitu pada tahun 2018 bakal dibuka semula.
Ia susulan Peguam Jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar difahamkan akan berkunjung ke kediaman Allahyarham Amirul dan bakal membuat persediaan untuk membuka semula kes berkenaan.
Sebelum ini, menurut laporan, hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018.
Namun, kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, selain ada juga mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Dalam pada itu, media juga pernah melaporkan bapa Allahyarham, Othman Yusoff ada membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya selepas melihat kecederaan dialami Amirul Nashriq termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua (2) hari sebelum kejadian.
BACA: Bunuh Zulfarhan, Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati
“Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris, dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang”
“Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat hantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior”
Susulan kes Zulfarhan yang baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial selepas enam pelaku dijatuhkan hukuman gantung, warganet berharap agar kematian Amirul Nashriq turut mendapat pembelaan sewajarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, difahamkan seorang peguam jenayah iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dilaporkan akan membawa kes Amirul Nashriq ke pihak pengadilan.
Sekadar info, Datuk Ahmad Zaharil sebelum ini pernah mengendalikan pelbagai kes termasuk membantu menyelamatkan seorang wanita yang ditahan atas kesalahan mencuri bekas kotak pensel untuk dihadiahkan kepada anak lelaki berusia 10 tahun, daripada menerima hukuman yang berat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kematian Lelaki Ini Menjadi Viral, Apa 6 Kebaikan Arwah Lakukan Hingga Allah Muliakan Dirinya?

Semalam, di segala penghulu hari iaitu Jumaat, di media sosial viral tentang kematian seorang lelaki, dikenali sebagai Pak Osman. Seakan tahu Allah akan menjemputnya ke alam abadi, ternyata di pengakhiran kehidupannya arwah Pak Osman membuat banyak kebaikan.
Sudahlah dijemput Allah di hari Jumaat yang begitu mulia, ada lagi kebaikan dilakukan oleh arwah di hari terakhirnya. Antara kebaikannya ialah allahyarham s edang berpuasa straight selama 10 hari kerana bernazar isterinya dapat panggilan ke Tanah Suci Makkah, antara lain kebaikannya kematiannya berlaku pada hari Jumaat (semalam), sedang beriktikaf di masjid, sedang menanti di taman syurga majlis ilmu, sedang mengimarahkan masjid dan membuka pintu masjid. Allah begitu memuliakan dirinya.Begitu beruntungnya arwah kerana mendapat segala kebaikan dan kerahmatan di dunia sementara ini.
Ternyata, indahnya saat akhir hidupnya.
Nama mesra beliau Pak Osman. Kewujudannya tak disedari. Ketiadaannya kurang dicari. Tapi setiap kali kuliah, beliau duduk paling depan. Iktikafnya lebih byk sekalipun zahir ilmunya mcm masih sederhana. Tak henti senyum, suka mengangguk setiap kali mendengar kuliah maghrib. Umurnya pencen tapi ibadahnya belia. Setiap kali sebelum saya tiba, dia sudahpun berteleku di sejadah saf depan. Ketika saya tiba, dia biasa hulurkan tangan layak seorang bapa berjabat dgn anaknya. Begitulah rutin beliau.
Namun..
Hari ini hari Jumaat. Beliau sdg iktikaf lebih awal. Beliau telah solat lebih awal. Difahamkan beliau sedang berpuasa hari ini straight 10 hari, nazar kerana isterinya terpilih ke Baitullah tahun ini. Beliau sdg menunggu ketibaan penceramah tazkirah Jumaat. Beliau sedang membantu pihak masjid utk membuka salah satu pintu masjid, tiba-tiba beliau rebah. Jantungnya terhenti. Setelah 40 minit pasukan bantuan memberikan pertolongan cemas, beliau disahkan meninggalkan dunia. Beliau meninggalkan kami semua jemaah di Masjid AnNur Galleria@Kotaraya.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga Allah merahmati ruh Pak Osman. Beliau memuliakan banyak perkara yang dimuliakan oleh Allah, lalu Allah memuliakannya. Sdg hari ini hari Jumaat. Sdg beriktikaf. Sdg berpuasa pula. Sdg menanti di taman syurga majlis ilmu. Sdg mengimarahkan masjid membukakan pintu masjid. Seolah-olah selangkah lagi masuk ke Syurga. Tatkala detik husnul khatimah itu, Allah ambil nyawanya. Allah..Allah..Allah.. Mulianya kematianmu. Indahnya pengakhiranmu.
Beliau dikebumikan petang ini juga sebelum mentari lenyap di ufuk barat. Saya mohon sangat-sangat agar yg membaca mesej ini supaya hadiahkan Fatihah buatnya.
له الفاتحة
Bukan Hanya Ikon Fesyen, David Beckham Jadi Duta Piala Dunia FIFA 2022 Qatar

Bukan sahaja ikon fesyen bagi gaya rambut untuk semua lelaki didunia ini. Malah, bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan England, David Beckham bakal jadi Duta Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.
Biarpun sudah agak lama meninggalkan padang sebagai seorang pemain bola sepak profesional England, lagenda kontemporari David Beckham masih releven dalam sukan dan padang bola sepak.
Memetik laporan The Sun, dalam perjanjian bernilai GBP150 juta (AS$206.4 juta) setahun, Beckham bersetuju menjadi duta negara Asia Barat bagi tempoh sepuluh tahun berikutnya berdasarkan perjanjian itu.


Piala Dunia 2022 di Qatar diselubungi kontroversi sejak awal kerana kebimbangan mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di tapak-tapak pembinaan negara itu, serta sikap Qatar terhadap wanita dan komuniti LGBT. Bagaimanapun, bintang bola sepak itu diyakinkan bahawa peminat di Qatar akan selamat dan dibenarkan mempamerkan bendera pelangi di stadium, menurut The Sun.
Baca Artikel Barkaitan : Demi Piala Dunia FIFA 2022, Qatar Benar Bendera ‘Pelangi’ Berkibar Di Stadium
David Beckham yang popular di arena bola sepak dengan sepakan percumanya yang unik sehingga digelar ‘Bend It Like Beckham’ dan kerap menembusi gawang gol yang menjadi sumber inspirasi bagi setiap lelaki.
Selain itu, Dia pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England, dimana dia memegang rekod penampilan terbanyak untuk posisi selain daripada penjaga gol. Beckham juga merupakan pemain Inggeris pertama memenangi kejuaraan liga di empat buah negara berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. Dia mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–2013. Pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier.
Wah, memang sesuai la David Beckham jadi duta Piala Dunia FIFA 2021 di Qatar nanti.