Lokasi ‘Tersembunyi’ Di Taiping Yang Bercuaca Sejuk, Sesuai Untuk Korang Yang Mahukan Ketenangan

Share

Kita sering mendengar tentang tempat-tempat percutian yang bercuaca agak sejuk seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands dan Kundasang. Namun, mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa Bukit Larut, Taiping juga antara tarikan kawasan dingin yang korang boleh lawati.

Bukit Larut adalah resort bukit tertua di Malaysia yang ditumbuhi dengan bunga liar dan kehijauan yang subur tanpa dicemari dengan binaan pusat membeli-belah atau taman tema. Selain daripada udara dan persekitaran yang menyegarkan, suhunya yang sejuk juga merupakan tarikan utama disini.

Dengan suhu sekitar 10 hingga 15 darjah celsius sepanjang tahun, korang dapat menikmati aktiviti yang menyeronokkan tanpa banyak berpeluh. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan adalah jungle trekking sambil mendengar kicauan burung, menjelajah kolam Burma yang berhampiran kaki bukit dan melawat kebun teh di tanah tinggi. Atau mungkin korang boleh sahaja berjalan-jalan sambil menikmati udara segar.

Nah, apa lagi guys. Bagi korang yang tercari-cari port lepak sebagai weekend getaway, rasanya Bukit Larut antara lokasi pilihan yang sesuai dan luar daripada kebiasaan. Jika dah selalu ke Cameron dan Genting Highlands, mungkin kali ni boleh ambil udara di tempat lain pula. Hiks!

Selain itu, lokasinya yang tidak jauh dari ibu kota juga memudahkan korang untuk berkunjung ke sana. Lebih kurang 3 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke
Taiping. So, why not kan?

Kredit foto: Viral Buzz Malaysia 

Published by
Noor Ain Norman