Berita kemangkatan ratu England, Ratu Elizabeth pada hari ini telah menjadi topik perbualan ulung seluruh dunia terutamanya di negara-negara Komanwel.
Menurut sumber, baginda mangkat pada usia 96 tahun di atas katilnya di Balmoral, Scotland pada tengah hari waktu tempatan pada Khamis.
Susulan kemangkatannya, anak sulung Ratu Elizabeth II yang juga bakal ditabalksan sebagai Raja England baharu, Putera Charles mengeluarkan kenyataan bahawa kemangkatan bondanya itu merupakan detik kesedihan paling besar buat dirinya dan semua ahli kerabat diraja England.
Putera Charles dilaporkan bersama adik perempuannya, Puteri Anne sempat berada di sisi baginda di Balmoral sebelum baginda mangkat.
Mereka berdua sudah berada di Scotland ketika tahap kesihatan bertambah lebih teruk dan dapat menemuinya tepat pada masanya sebelum kemangkatannya, kata sumber tersebut.
Dua lagi anakanda Ratu Elizabeth II, Putera Andrew dan Putera Edward, isterinya Sophie dan anak bakal Raja England kini, Putera William telahpun bergegas terbang ke Balmoral dari Berkshire melalui jet peribadi ke Aberdeen untuk melihatnya.
Mereka bagaimanapun khabarnya tidak sampai tepat pada masanya.
Sementara itu, adinda putera William, Putera Harry juga cuba sampai ke Balmoral tepat pada masa tetapi beliau hanya tiba pada pukul 8 malam waktu tempatan.
*
Ketika hayat baginda menjadi ratu, Putera Charles yang bergelar Putera Wales ialah pewaris pertama takhta diraja England.
Kini, Putera Charles kini menjadi Raja England secara automatik akan ditabalkan sebagai Raja England dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Elizabeth II Beri Restu Camilla Parker-Bowles Sebagai Bakal Permaisuri – REMAJA
BACA LAGI : Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
3 Cara Mudah Nak Kerja Offshore, Gaji Lumayan & Penting Tiada Orang Tengah
Ramai tahukan gaji mereka yang terlibat dalam industry oil & gas lumayan. Malah masa kerja juga pastinya tidak sama seperti orang kerja pejabat kerana ada sesetengah syarikat, kerja dua minggu di laut dan cuti dua minggu. Ada juga lebih dari dua mingggu dan semua itu terpulang pada polisi syarikat.
Bagi korang yang mungkin pernah berminat nak terlibat dalam kerja-kerja offshore nie, REMAJA syerkan tip cara mudah nak minta kerja dengan syarikat yang terlibat dalam industri ini. Mana tahu rezeki korangkan.
Bacalah 3 cara mudah disyerkan ini dari fb OffShore Life.
3 cara nak cari kerja offshore (estimate very long post, kalau malas nak baca
Saya suggest better kerja darat . Boleh baca bawah notes Offshore Unofficial Rules : Kalau tak tahu, tolong tanya. Follow the rules. Jangan buat perangai ikut kepala sendiri, susah nak naik kerja offshore. Seminggu kerja kena hantar balik terus, blacklisted. Welcome to offshore life.
Notes:
- Nota tulis dalam bahasa Melayu dan English. Offshore nie pekerjaan yang profesional. Susah nak tukar term dia.
2.Kalau ada yang TAK TEPAT atau SALAH, harap tuan-tuan or otai-otai lama boleh maafkan kesilapan atas pengalaman saya yang sedikit. Harap dapat kongsi sama-sama dengan kami.
3. Takde istilah nak kerja KENA BAYAR dekat orang yang nak bagi kerja. Bayar atas fee process. Please tolong buat certificate, medical offshore Petronas/Shell, BOSIET yang original. Bila fake, terus blacklist.
Kalau kantoi dapat job dengan bayar dekat HR/Manning/Agency. Bila yang dalam office kena buang, orang yang dapat kerja pun sama-sama jugak nanti. - DAY RATE Job sangat penting. Kenapa jangan suka hati ambik offer?
Discuss dulu dengan orang-orang lama. (* Harga minyak jatuh / projek takde /ramai yang jadi freelance dan lost job /rate jatuh sedikit /otai tak nak job sebab rate jatuh / newbie masuk, experience offshore takde, onshore ada experience / hr/manpower offer rate rendah / newbie amik rate rendah.
**Rate rendah jadi new standard day rate. Otai lama berpuluh tahun experience nak join balik dapat rate rendah.Sebab utama,otai-otai lama tak nak ajar nak cari kerja. Pandai-pandai sendiri la.
Cara nak apply job offshore:
A.Tips untuk newbie zero experience
Senang saja tips ringkas
- Google ” offshore company in Malaysia”
2. Pergi dekat website dia ” cari section career or dekat Dept structure”
3. Kalau ada, submit CV dekat website or direct email dekat HR.
4. Lepas tu tunggu reply.
*Kalau tak ada reply, pergi dekat office. Submit CV dekat ofis. Biasakan call dulu sebelum datang. Nanti orang tak layan. Buat penat je. Jangan marah pula, kalau HR/crewing/manning cakap untuk terima CV je. Takde Interview.
Tunggu jer dekat rumah kalau ada phone call or reply email. Nasib baik ada rezeki. Kalau takde, tunggu sampai BOSIET 4 tahun expired pun tak panggil bukan rezeki lagi tu.
B. Tips untuk lepasan Diploma atau Degree
- Start aktif dari masa awal lagi masa dekat universiti.
2. Especially untuk projek atau event. Lebih lagi untuk dept sponsor. Boleh kenal ramai HR or important person untuk reference CV nanti.
3. Baik dengan senior final year. Nanti dapat tahu lubang kerja dan tempat untuk internship atau latihan industri. Senior bagi e-mail HR then boleh tolong recommend dekat staff nanti.
4. CGPA kena power cam biasa. Petronas, Shell, Schlumberger, Exxon , Baker Hughes, Weather Ford, Rolls Royce , Sapura dan sebagainya ambil result yang power je screening untuk interview.
5. Study interview ada berapa stage. Kena tanya senior la.
6. Kalau ada career fair dekat UTP, kena pergi sebab biasa ada walk in Interview. Bawak CV dan pakai kemas-kemas.
7. Email cover letter, CV Dan LinkedIn kena prepare awal. Belajar/amik kelas/personal appointment dengan yang expert untuk CV dan interview. Follow dekat FB Ameirul Azraie ( ex Sapura HR) Ikhwan Hafiz ( penulis artikel oil and gas dalam Malaysia) Syed Amirul ( famous sebab pernah keje offshore dengan swiber, post viral untuk kerja-kerja offshore). Kalau jumpa geng-geng nie ada pengeras la, takde free. Sebab dia orang nie semua expert bab-bab CV. Kalau Ikhwan ada group Telegram yang dalam tu semua contact top management Dan expert dalam O&G. - Kalau nak tips CV/Interview dengan vacancy kosong dalam dan luar negara, boleh buat personal appointment dengan tuan Nor Idham Che Ghani. Career advisor dekat UTP, ramai budak UTP kerja offshore hasil tunjuk ajar Abe.
C. Tips khas untuk yang tak kisah kerja susah dulu, start dari bawah. Yang dah lama dan ada experience offshore
- Untuk yang ada diploma dan degree takde kaitan dengan petroleum, engineering, marine (minta maaf yer serius cakap diploma dan degree boleh buat frame gantung dekat rumah)
– Memang kena start dari bawah, cari entry level oil and gas: general purpose, rigger, roughneck, roustabout, steward, ordinary seaman, wiper dan helper.
– Kena buat Google research dulu dengan minat masing-masing. Sebab setiap entry level ada department masing-masing. Dan boleh tengok bila dah ada pengalaman belasan atau puluhan tahun boleh dapat highest job sebagai apa.
– Contoh: OIM, barge master, rig mover, chief mechanic, chief engineer, toolpusher , driller, chief electrician, captain, campboss, rigger foreman, welder foreman, subsea supervisor.
– Oil market price jatuh kena cari kerja dekat: a.Shipyard: MMHE, Muhibbah, Boustead, Sembarang (Singapore), Keppel ( Singapore).
B) Supply base : Kemaman supply base, Tok Bali, Labuan supply base
C ) Technician : dekat mana2 company yang berkaitan dengan offshore.
D ) Bahagian catering: kerja dekat hotel, restoran , kedai makan, cruise dan lain-lain.
– pengalaman penting at least ada basic.
– Kalau bahagian technical, banyakkan expose dengan kerja-kerja lain. Contoh kalau boleh overhaul untuk maintenance pump, purifier, diesel engine, boiler, accommodation (sewage system, plumbing), hydraulic system, electric, aircons, HVAC, cooler, filters, hulls, welding, lathe machine dan lain-lain. Tak expert takpe, janji tahu. Kalau expert lagi bagus.
– Kalau ada pengalaman yang berkaitan boleh try tanya otai-otai lama. Orang yang dah retired kerja offshore. Big boss/orang lama diorang semua ada lubang dan kabel tahu kerja kosong. Boleh recommend dekat kawan-kawan yang dah jadi manager dekat syarikat offshore.
Marine/kapal
– Kalau untuk yang kerja kapal, kena cari kapal kecik macam tug boat, ferry, naik kapal foreign going macam tanker, container or bulk carrier.
– Kalau dapat naik dengan company offshore, manning bagi naik kapal tak jalan. Duduk Anchorage Kemaman or Labuan. Kapal ikat dekat sungai Kuang. Naik jer. Cari seatime.
Jangan bagi alasan mak nak mati, bini nak bersalin, adik nak kawin.
– Manning/crewing dah tahu sangat alasan tu. Tak boleh pakai. Kalau dah confirm, last minute nak sign on. Minta tak jadi naik, buat senyap. Crewing masuk dalam list blacklist. Crewing semua ada whatsapp/ private group. Mesti ada share seaman yang bermasalah.
– Kalau asyik naik je kapal yang tak gerak-gerak, respect manning/crewing. Inform elok-elok, nak cari rezeki dekat syarikat lain. Sebab crewing company baru akan call company lama. Ada pernah buat kes tak sebelum nie.
Kalau respect crewing, crewing boleh back-up dan bagi ayat recommendation bagus. Sebab crewing pun nak tengok ex pekerja dapat kerja lebih baik.
– Jangan sesekali nak bayar duit dekat orang yang nak offer kerja, bila dah bagi akan diminta lagi berkali-kali. Kalau kena tangkap, sama2 kena buang dengan HR dan blacklist.
– Certificate, medical dan BOSIET. Please buat yang original. Boleh refer dekat company yang nak kerja. Bukan ikut suggest training provider.
Contoh nak jadi chief cook. Tapi ambil course rigging sligging, enclosed space, forklift, high voltage. Memang saha-sah salah information, sebab training provider pun nak untung.
Marine/Seaman (yang ada experience)
– Boleh buat CV dan email cover letter ikut tips budak graduate.
*Tapi CV untuk Seaman special sebab ada banyak certificate, expiry date, reference no + seatime ikut kapal kena masuk sekali. Better ikut CV format shipping company. Yang biasa HR/crewing bagi form kena isi.
– Buat LinkedIn, tiru jer orang dekat sana ikut rank masing-masing.
– LinkedIn ada banyak Agency, big boss HR/Manning/crewing. Ada yang dari Singapore. Boleh add dan kerja dekat oversea. Job kosong banyak dekat LinkedIn
*** LinkedIn untuk professional, just untuk kerja. Bukan untuk luahan perasaan, share video bodoh, komen politik, sexual harassment. Kalau tak pandai, tanya geng-geng yang kena follow Syed, Ikhwan, Amirul dengan Nor Idham. Diorang nie semua ada banyak tips bagus untuk CV, interview dan network untuk industry lain. Bukan setakat offshore.
*Updated notes:
1. Ada reader yang komen selain dari course marine, engineering dan Petroleum. Yang dari course business dan IT boleh join offshore. Fresh dari college/universiti.
Terima kasih sebab baca Dan like.
Kalau ada salah silap, tu semua sbb knowledge dan pengalaman saya yang sedikit. Saya terima teguran dan nasihat orang yang lebih lama.
Amin.
Budak baru nak up offshore.
PS : Ada share dekat personal FB. Boleh share utk public sana. List reference untuk training provider update nanti.
Kredit : Muhammad Amin
Dituduh Promosi Maksiat, Bintang Muda Tik Tok Mesir Berdepan Hukuman Mati
Ternyata apa yang dibolehkan di negara kita tidak dibenarkan di negara lain.
Jika kita tiada sekatan terhadap kemudahan internet hingga tersenarai di tangga pertama di Asia sebagai rakyat paling banyak melayari laman web lucah PornHub (Oh No! Malaysia semua boleh?) pastinya ia berbeza dengan peraturan di negara lain.
Cerita tentang “nasi lemak” kecik juga sengaja ditayangkan di media sosial dengan masing-masing ada alasan tersendiri namun ia tetap mengundang komen negetif masyarakat. Dan pastinya kalau ini gayanya di Mesir, mungkin sudah ada kenduri kita kena hadir.
Terbaru dalam memastikan rakyatnya tidak terlalu “terdedah” kepada budaya kepincangan, bintang-bintang muda TikTok menjadi sasaran terbaharu pihak berkuasa Mesir yang menuduh golongan itu sebagai penyebar kemaksiatan dalam masyarakat.
Sejak Presiden Abdel Fatah al-Sisi berkuasa pada 2014, ratusan wartawan, aktivis, peguam dan ahli intelektual sudah ditahan dan banyak laman web disekat atas alasan keselamatan negara.
The Guardian dipetik melaporkan beberapa bulan kebelakangan ini kumpulan wanita popular di media sosial juga membangkitkan kemarahan pemerintah dan ada yang sudah ditahan.
Penuntut universiti, Haneen Hossam dituduh mempromosikan pelacuran dan ditahan pada April selepas dia menyiarkan klip video memberitahu lebih 1.3 juta pengikutnya bahawa perempuan boleh menjana wang menerusi TikTok.
Mowada al-Adham yang dikenali dengan klip sindiran di TikTok dan Instagram pula ditahan pada Mei.
Pihak pendakwaan memaklumkan kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan mengancam nilai kekeluargaan masyarakat Mesir, melalui hantaran mereka di media sosial.
Mahkamah memerintahkan Hossam dibebaskan dengan jaminan minggu lalu, namun pendakwa raya pada Khamis memberitahu dia ditahan semula selepas penemuan bukti terbaharu.
Lewat Mei berlaku kes yang lebih mengejutkan apabila remaja perempuan berusia 17 tahun dengan muka yang penuh lebam, memuat naik video di TikTok mendakwa dirogol sekumpulan lelaki.
Pihak berkuasa pula bertindak menahannya bersama enam lelaki yang didakwa menyerangnya dan semua mereka didakwa atas tuduhan mempromosikan pesta seks. Sumber : Harian Metro
Isu Ayam Berulat! McDonald’s Nak Saman Pada Gadis & Netizen Beri Komen Buruk?
Haih, menjawablah nanti.
Seram jugak bhai.
Inilah orang kata, hati-hati menulis di media sosial. Tak kira apa saja niat korang tapi ia mungkin membawa padah.
Sebentar tadi, di bebenang twitter, McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan isu ayam goreng keluaran mereka yang berulat dan tular di media sosial hingga menjejaskan nama baik restoran makanan segera tersebut.
.
Dalam satu kenyataan, Mc Donald’s Malaysia berkata, kami telah merujuk kepada beberapa artikel media dan komen yang berlegar di media sosial mengenai seorang netizen yang membuat dakwaan palsu mengenai makanan kami.
Pada era hari ini di mana setiap individu mempunyai suara di platform media sosial, kami menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kandungan yang dikongsi di media sosial agar tidak ada reputasi yang akan terjejas disebabkan dakwaan yang tidak berasas dan tidak sahih. Lebih penting lagi usahlah menyebarkan ketakutan dan kebimbangan yang tidak wajar di kalangan netizen.
Di Mc Donald’s Malaysia kami sangat mementingkan keselamatan dan menitikberatkan kawalan kualiti di mana kami mematuhi standard penyediaan makanan yang ketat.
Kami sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk pelanggan kami di seluruh negara dan kami menggesa pelanggan dan orang ramai amnya supaya merujuk kepada saluran rasmi syarikat kami bagi mendapatkan sebarang penjelasan di masa hadapan.
McDonand’s Malaysia kini mendapatkan nasihat perundangan untuk merujuk netizen terbabit serta mereka yang telah menyiarkan semula atau menerbitkan semula artikel itu ke muka pengadilan. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil Tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba merosakkan reputasi kami.
Harap doalah bebanyak bagi yang komen keterlaluan itu ya. Itulah kata orang, fikir dulu sebelum bertindak.