London Bridge Is Down, Pewaris Ratu Elizabeth II Gegas Ke Scotland Selepas Baginda Mangkat

Share

 

Berita kemangkatan ratu England, Ratu Elizabeth pada hari ini telah menjadi topik perbualan ulung seluruh dunia terutamanya di negara-negara Komanwel.

Menurut sumber, baginda mangkat pada usia 96 tahun di atas katilnya di Balmoral, Scotland pada tengah hari waktu tempatan pada Khamis.

Susulan kemangkatannya, anak sulung Ratu Elizabeth II yang juga bakal ditabalksan sebagai Raja England baharu, Putera Charles mengeluarkan kenyataan bahawa kemangkatan bondanya itu merupakan detik kesedihan paling besar buat dirinya dan semua ahli kerabat diraja England.

Baginda dan Putera Charles sewaktu masih muda.

Putera Charles dilaporkan bersama adik perempuannya, Puteri Anne sempat berada di sisi baginda di Balmoral sebelum baginda mangkat.

Mereka berdua sudah berada di Scotland ketika tahap kesihatan bertambah lebih teruk dan dapat menemuinya tepat pada masanya sebelum kemangkatannya, kata sumber tersebut.

Dua lagi anakanda Ratu Elizabeth II, Putera Andrew dan Putera Edward, isterinya Sophie dan anak bakal Raja England kini, Putera William telahpun bergegas terbang ke Balmoral dari Berkshire melalui jet peribadi ke Aberdeen untuk melihatnya.

Mereka bagaimanapun khabarnya tidak sampai tepat pada masanya.

Putera William (kiri) dan Putera Harry merupakan di antara cucu paling rapat dengan baginda.

Sementara itu, adinda putera William, Putera Harry juga cuba sampai ke Balmoral tepat pada masa tetapi beliau hanya tiba pada pukul 8 malam waktu tempatan.

*

Ketika hayat baginda menjadi ratu, Putera Charles yang bergelar Putera Wales ialah pewaris pertama takhta diraja England.

Kini, Putera Charles kini menjadi Raja England secara automatik akan ditabalkan sebagai Raja England dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Elizabeth II Beri Restu Camilla Parker-Bowles Sebagai Bakal Permaisuri – REMAJA

BACA LAGI : Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ