Ramadan sentiasa menjadi bulan yang dinantikan. Selama lebih 30 hari ini semua berlumba-lumba mahu menjadi lebih baik dan melakukan lebih banyak perkara positif demi memahami nilai yang ada di sebalik bulan suci ini.
Pastinya semua segi diambil kira termasuklah gaya berpakaian. Jika sebelum ini bagi yang tidak berhijab selesa memilih gaya yang berani, mungkin di bulan Ramadan mahu beralih kepada gaya yang lebih sopan di mata namun masih mahu tampil bergaya.
Gaya menarik tidak semestinya terdedah, ini yang sesuai diibaratkan dengan tampilan koleksi khas jenama Monki khusus untuk bulan Ramadan. Koleksi kapsul edisi terhad ini dihasilkan khusus untuk mereka yang mahu meraikan gaya konvensional yang disuntik elemen moden dan sentuhan peribadi.
Jenama asal Sweeden ini mempamerkan warna-warna berani dan cetakan abstrak dan pilihan fabrik yang beralun. Koleksi ini turut mempersembahkan rekaan yang memiliki penegasan yang menjadikan setiap rekaan adalah item mesti ada untuk perayaan.
Ads
Warna yang difokuskan untuk koleksi ini ialah kuning dan merah jambu berserta dengan dua corak abstrak dalam warna pelengkap dan corak pokok palma. Setiap helaian direka bentuk untuk dipadankan dengan seluar berpinggang tinggi dan pakaian untuk penampilan bersama yang lebih santai.
Selain itu, untuk idea lebih praktikal anda juga boleh memilih jumpsuit lengan pendek yang dilapis dengan pakaian dalam turtleneck jersi yang menarik. Gaya yang extra fashionable tidak semestinya terdedah, betul tak?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu pelajar dan rokok seakan satu budaya yang terlalu sukar dibendung. Melihat remaja khususnya pelajar sekolah rendah merokok terasa bagai ingin menegur secara berhadapan.
Tindakan kerajaan menaikkan harga rokok, tidak menjual dalam pek kecil, tidak menjual pada usia di bawah 18 tahun juga membuatkan golongan kecil ini seperti tidak kisah kerana banyak rokok-rokok seludup boleh didapati dengan harga murah di kedai-kedai runcit.
Sikap tamak dan pekedai hanya mahu untung adalah punca mengapa gejala merokok di kalangan pelajar sukar dibendung. Fakta ini mungkin sedikit mengejutkan tetapi inilah realiti dalam dunia remaja. Tulisan di entri Public Health Malaysia bulan lalu mendapati gejala ini sebenarnya sangat menakutkan.
Tinjauan Tembakau dan Rokok Elektronik di kalangan Remaja Malaysia (Tecma) menunjukkan fakta yang amat membimbangkan.
1 dari 5 [pelajar sudah mula meroko pada usia 10 tahun, gambar sekadar hiasanSikap pekedai yang mahu kaut untung banyak antara punca hal ini terjadi. Gambar hiasan
Menurut tinjauan tersebut, dalam setiap lima pelajar, seorang daripada mereka mula mula berjinak-jinak dengan rokok sejak berusia 10 tahun. Kajian tersebut juga menunjukkan empat dalam lima remaja mengetahui tabiat merokok oleh sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan.
Kajian tersebut juga meneroka lokasi dan bagaimanakah pelajar dapat membeli rokok. Tinjauan tersebut mendapati pelajar berjaya membeli dan memperoleh rokok dengan mudah dari pasar raya, kedai runcit dan gerai tepi jalan.Menurut mereka lagi, lebih separuh berkata mereka tidak pernah dihalang daripada membeli produk tembakau.
PHM sendiri telah menjalankan satu ‘Social Experiment’ untuk melihat reaksi dan sikap peniaga apabila berhadapan dengan pelajar sekolah yang membeli rokok secara terang terangan di kaunter kedai runcit, restaurant, stesyen minyak dan pasaraya.
Hasilnya, kami mendapati 3 daripada 5 pekedai atau pekerja di kaunter bayaran membenarkan pelajar sekolah untuk membeli rokok tanpa sebarang persoalan atau halangan.
Ini merupakan antara justifikasi bagi menyokong kempen #bantahrokokkiddiepack yang telah di adakan bagi menolak usul untuk memperkenalkan rokok kiddie pack ke pasaran Malaysia.
Tak kira lelaki ke perempuan, merokok seperti tiada hal bagi pelajar sekolah. Gambar hiasan
Ini salah satu dari bentuk hukuman di negara seberang, mungkinkah berkesan. Gambar biasan
Bagi pihak sekolah sendiri, isu pelajar merokok menjadi isu disiplin yang serius. Pemeriksaan mengejut berkala di adakan dari masa ke semasa oleh pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang merokok. Lokasi tempat persembunyian rokok yang di temui adalah seperti di dalam kasut, dalam tali leher, dalam tali pinggang, di dalam pen. Bagi pelajar perempuan pula, ada yang menyembunyikan rokok di dalam pakaian dalam dan di dalam anak tudung.
Isu rokok di kalangan remaja sememangnya semakin parah. Pelbagai usaha perlu di pergiatkan untuk menangani masalah ini. Mungkin peraturan yang lebih ketat bagi pembelian rokok perlu di wujudkan seperti mana negara jiran, Singapura dan negara negara maju lain. Di sana, rokok di tempatkan di dalam ruang khas yang tersembunyi dan tertutup bukan di kaunter bayaran terbuka seperti di Malaysia.
Apa yang lebih penting, ibu bapa perlulah memainkan peranan penting. Bukan sukar hendak mengesan remaja yang merokok. Bapa terutamanya, janganlah tunjukkan contohnya buruk pada anak. Bukankah peranan nakhoda keluarga itu adalah untuk melindungi keluarga?
Gambar: Salah satu tempat persembunyian rokok, di dalam tali leher pelajar
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini seramai 150 penggiat fesyen tempatan telah pun diraikan dalam penganjuran buat pertama kalinya, Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan pereka fesyen dan selebriti tempatan, termasuklah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Ezuwan Ismail dan ramai lagi.
Sebanyak 14 anugerah telah disediakan dan jenama fesyan Alia Bastaman dinobatkan sebagai ‘Brand of The Year’ pada edisi kali ini.
Alia Bastaman berjaya mengalahkan nama besar dalam industri fesyen tempatan yang turut tercalon dalam kategori yang sama iaitu Rizman Ruzaini dan Fiziwoo.
Selain Alia, pereka fesyen Nurita Harith telah dinobatkan memenangi kategori Pereka Fesyen Wanita, manakala Kit Woo untuk kategori Pereka Fesyen Lelaki.
Scha Alyahya juga telah dinobatlan sebagai ‘Most Fashionable Female Personality’, manakala Nazreem Musa berjaya menepikan Hael Husaini dan Amy Search, sekali gus dinobat sebagai ‘Most Fashionable Male Personality’.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang ada malam itu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi individu yang mempunyai masalah ekzema, sudah tentu mereka tahu betapa ‘azabnya’ menderita dek kerana kegatalan dan kekeringan kulit yang dilaluinya. Ekzema adalah simptom keradangan pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang kala kelihatan seperti kulit melecur dan berair.
Ia selalunya terdapat di permukaan wajah, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan jadi berkerak.
Ha, dengar pun dah ngeri kan?
Kredit foto: Harian Metro
Ada beberapa sebab berlakunya ekzema dan antaranya dalah seperti:
• Keturunan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
• Ia juga boleh terjadi akibat infeksi virus, bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
Makanan yang paling kerap menyebabkan alergi adalah susu lembu, telur, kacang tanah, soya dan gandum. Alergi terhadap kacang tanah dan kekacang dari pokok, ikan dan makanan laut bercengkerang sering berlarutan sehingga dewasa. Alahan makanan jarang sekali bermula apabila seseorang sudah dewasa.
Rawatan yang paling kerap digunakan untuk merawat ekzema adalah krim pelembap dan penggunaan krim atau ointment yang mengandungi steroid. Ubat sapu yang mengandungi steroid amat berkesan untuk mengurangkan inflamasi kulit. Ia selamat jika digunakan dengan cara yang betul. Antara kesan sampingan akibat penggunaan steroid adalah kulit yang nipis atau skin atrophy.
Namun, komplikasi ini hanya akan berlaku jika pesakit menggunakan ubat sapu yang mengandungi steroid berpotensi tinggi secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Kredit foto: Berita Harian
Walau bagaimanapun, dengan mengetahui sistem imun dalam badan kita sama ada lemah atau kuat juga penting kerana ia dapat membantu korang untuk mengetahui mengetahui tentang masalah kulit, alergi makanan dan banyak lagi. Apabila sistem ketahanan badan tidak kuat, korang akan kehilangan upaya untuk mempertahankan diri daripada jangkitan bakteria dan virus.
Jadi, sekiranya korang tidak dapat mengesan alahan yang menyebabkan ekzema, korang juga boleh mengubah gaya hidup untuk membantu mengurangkan masalah ekzema ini.
Jangan lakukan senaman secara keterlaluan, sebaiknya korang boleh ubah cara bersenam dengan melakukan yoga. Aktiviti bersauna juga bagus untuk individu yang mempunyai masalah ekzema.
Menurut The Laureate Wellness, makanan yang mengandungi probiotik juga adalah paling sihat dan terbukti dapat memperbaiki kesihatan usus kerana kandungan bakteria dapat mengimbangi jumlah bakteria dalam usus. Probiotik dapat meningkatkan sistem imun dan mengurangkan keradangan sebagai tindak balas alergi.
Antara makanan yang mempunyai probiotik adalah seperti yogurt, kimci, tempeh, kefir, miso, kombucha dan sauerkraut.
Foto: ubudfoodfestival.com
Walau bagaimanapun, sekiranya korang mengalami masalah ekzema yang teruk, segera berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka. Setiap individu mengalami tahap ekzema yang berbeza, jadi pastikan korang kenal pasti simptom sebelum mencari rawatan sendiri.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...