Ramadan sentiasa menjadi bulan yang dinantikan. Selama lebih 30 hari ini semua berlumba-lumba mahu menjadi lebih baik dan melakukan lebih banyak perkara positif demi memahami nilai yang ada di sebalik bulan suci ini.
Pastinya semua segi diambil kira termasuklah gaya berpakaian. Jika sebelum ini bagi yang tidak berhijab selesa memilih gaya yang berani, mungkin di bulan Ramadan mahu beralih kepada gaya yang lebih sopan di mata namun masih mahu tampil bergaya.
Gaya menarik tidak semestinya terdedah, ini yang sesuai diibaratkan dengan tampilan koleksi khas jenama Monki khusus untuk bulan Ramadan. Koleksi kapsul edisi terhad ini dihasilkan khusus untuk mereka yang mahu meraikan gaya konvensional yang disuntik elemen moden dan sentuhan peribadi.
Jenama asal Sweeden ini mempamerkan warna-warna berani dan cetakan abstrak dan pilihan fabrik yang beralun. Koleksi ini turut mempersembahkan rekaan yang memiliki penegasan yang menjadikan setiap rekaan adalah item mesti ada untuk perayaan.
Warna yang difokuskan untuk koleksi ini ialah kuning dan merah jambu berserta dengan dua corak abstrak dalam warna pelengkap dan corak pokok palma. Setiap helaian direka bentuk untuk dipadankan dengan seluar berpinggang tinggi dan pakaian untuk penampilan bersama yang lebih santai.
Selain itu, untuk idea lebih praktikal anda juga boleh memilih jumpsuit lengan pendek yang dilapis dengan pakaian dalam turtleneck
jersi yang menarik. Gaya yang extra fashionable tidak semestinya terdedah, betul tak?+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.