“Good Looks Can Get You Somewhere, But…”, Scha Alyahya Pesan Ini Kepada Hero Remaja 2020

Share

 

Scha Alyahya, nama yang tidak asing lagi dalam keluarga pencarian Dewi Remaja dan Hero Remaja.

Selaku salah seorang mentor dan juri tetap di meja panel, Scha diberikan tanggungjawab untuk mengadili 12 orang para finalis Hero Remaja 2020 selama lebih 7 bulan ia berlangsung.

Tatkala ditemui pada malam finale, Khamis lalu, Scha menzahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan kemenangan Nadhir Nasar sebagai Hero Remaja pada edisi kesepuluh ini dan bangga dengan prestasi kesemua 12 finalis yang bertanding.

Sejak peringkat ujibakat lagi, Scha sudah terang-terangan menyatakan bahawa rupa paras bukanlah kayu pengukur dalam pencarian seperti ini. Kesemua yang terpilih pun mempunyai kelebihan rupa paras.

Akhirnya, semua berbalik kepada potensi, bakat, keinginan dan kebolehan peserta yang diambil kira. Juara Dewi Remaja 2005/06 itu mengucapkan tahniah kepada Nadhir Nasar sejurus ditemui penulis selepas siaran langsung itu berakhir.

“Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan bersama finalis Hero Remaja 2020. Scha sangat-sangat happy dengan keputusan malam ini.

”Untuk makluman semua, pemarkahan dikira 30 peratus daripada apa yang mereka telah kecapi sepanjang 7 episod Hero Remaja 2020. Yang pentingnya adalah 70 peratus markah yang dikutip pada malam ini mengikut pretasi masing-masing,” jelasnya

Kesemua finalis bagi Scha telah memberikan prestasi yang bagus. Jika tak, tak adalah mereka di gelanggang akhir. Namun, adat pertandingan; finalis yang lebih outstanding, 

berpotensi dan paling bersedia untuk menghadapi cabaran industri seni punya kelebihan sebagai juara.

“Secara jujurnya, kami ada beberapa nama pilihan yang kita ‘target’ untuk menjadi juara, bukan hanya Nadhir saja. Tetapi seperti yang kita tonton tadi (malam Khamis), rezeki berpihak kepada Nadhir.

“He really is confident and calm tonight. Nadhir nampak begitu selesa dan yakin walaupun peserta lain memberikan tentangan yang hebat terutamanya dari Umar Hisham (Naib Juara). Cuma mungkin dari segu permarkahan 7 minggu sebelum ini, Nadhir berada lebih hadapan dengan kelebihan tersebut.”

Mentor dan juri tetap Hero Remaja ini sempat menitip nasihat untuk kesemua 12 orang finalis dan ia menjurus kepada cara mereka membawa diri selepas ini.

“Sepanjang berada dalam industri ini, Scha boleh rangkumkan bahawa looks can get you somewhere. Memang betul.

“Tapi apa yang boleh kekalkan anda dalam industri ialah intregriti.”

“Sama ada seseorang itu ada substance atau tidak, orang kagum dengan awak ke tidak. Macam mana anda membawa diri, macam mana ingin kembangkan diri dalam industri. Ini yang akan menentukan sama ada anda bertahan lama atau hilang begitu saja.

”Anda tidak boleh terlalu selesa. Jangan berhenti perbaiki diri, biarkan diri berevolusi selari dengan masa.

“Apapun, Scha sangat berpuas hati dan berbangga dengan prestasi edisi Hero Remaja 2020 kali ini. Tahniah kepada penganjur Majalah Remaja dan pasukan produksi,” akhiri beliau.

Published by
Nana