Menyanyi, menari dan diangkat seperti permaisuri!
Hanya Lorde yang boleh lakukan semua itu dalam masa satu jam di atas pentas, and she certainly did not disappoint.
Memasuki hari kedua Good Vibes Festival 2018 semalam, Lorde merupakan act terakhir selepas pentas di Gohtong Jaya tahun ini dihangatkan terlebih dahulu oleh Bil Musa, Noh Salleh, Honne, Odesza dan ramai lagi.
Kehadiran Lorde ke Malaysia sememangnya ditunggu oleh RAMAI peminatnya di sekitar rantau Asia Tenggara.
Selepas kelmarin menjayakan konsert di Jakarta Indonesia, pemilik nama Ella Marija Lani Yelich-O’Connor ini tiba ke Kuala Lumpur buat kali pertama dan ini juga bukan kali terakhir kita akan melihatnya secara langsung.
“Ya, saya tak sabar untuk ke KL sekali lagi.“
BACA:Lorde Turut Boikot Israel, Batalkan Konsert Di Tel Aviv
Lorde memulakan persembahan dengan bertenaga melalui Sober, Homemade Dynamite (d-d-d-d-d-d Dynamite) dan Tennis Courts. Nyata debut Lorde di Kuala Lumpur langsung tidak mengecewakan apabila dia kelihatan cukup selesa dengan pentas dan penonton di sini, seolah-olah pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini.
“Bagaimana kamu malam ini, adakah kamu sedang berseronok di festival ini? Oh My God, saya tak percaya saya berada di Malaysia! How crazy to be here for the first time. Thank you for watching me.”
Lorde teruskannya dengan beberapa lagi lagu dari album Pure Heroine dan Melodrama seperti Ribs, The Louvre, Liability, Royals dan Perfect Places. Penonton terkejut apabila Lorde memilih untuk menyanyikan Liability memandangkan ia adalah single paling emotional mengenai perasaan bersalah apabila dituduh sebagai punca sesebuah hubungan itu putus.
“Saya menulis Liability di beberapa buat tempat kerana tak tahu bagaimana untuk menghabiskannya. Saya rasa kekok untuk menyanyikan lagu ini di depan penonton seramai ini.
Team dan Green Light menjadi lagu penutup terbaik untuk persembahan Lorde di Good Vibes Festival.
“Saya tidak tahu expectation sebelum ke sini dan ke Jakarta. Mungkin hanya 100 (penonton) yang akan hadir, mungkin..200? But there are so many people!
Yes! Kami akan berada di sini apabila Lorde bersiap sedia untuk sekali lagi berkunjung ke Malaysia.