Penyanyi dan komposer, Ella Marija Lani Yelich-O’Connor atau lebih popular dikenali sebagai Lorde telah membatalkan perancangan awal untuk mengadakan konsert di Israel, pertengahan tahun hadapan.
Ia susulan kempen aktivis yang menentang penempatan haram Israel di tanah milik rakyat Palestin.
Namun, Lorde bukanlah penyanyi pertama yang membuat keputusan sebegini selepas penyanyi, Roger Waters dan Elvis Costello juga memboikot Israel atas kekejaman rejim terhadap warga Palestin.
Terdahulu pada minggu lepas melalui akaun Twitter Lorde, Tel Aviv telah diumumkan sebagai salah satu bandar yang akan dikunjungi penyanyi tersebut pada tahun 2018.
Namun tidak lama kemudian, Lorde, 21 dikhabarkan menerima banyak mesej melalui akaun media sosial yang meminta dia mempertimbangkan kembali perancangan tersebut.
Malah, secara terang-terangan, Lorde kerap membalas Tweet yang dihantar oleh peminatnya serta para aktivis pro-Palestin mengenai situasi politik yang melanda bumi Arab itu.
Noted! Been speaking w many people about this and considering all options. Thank u for educating me i am learning all the time too ?
— Lorde (@lorde) December 21, 2017
Dalam kenyataan ringkas, Lorde berkata dia akan “mempertimbangkan semua option yang ada”. Dia telah melakukan banyak sesi perbincangan bersama team dan akhirnya merasakan “Ia adalah keputusan terbaik buat masa sekarang (untuk membatalkan konsert tersebut)”
Katanya lagi, “I am not too proud to admit I did not make the right call on this one” dengan merujuk kepada rancangan untuk menyenaraikan Tel Aviv sebagai salah satu bandar yang akan dijelajahinya.
Pembatalan itu disambut baik oleh ahli gerakan Boycott, Divest, Sanction (BDS).
Akaun Twitter ‘The Palestinian Campaign for the Academic and Cultural Boycott of Israel’ juga berterima kasih kepada pemenang anugerah Grammy 2 kali itu kerana membatalkannya, atas sebab memboikot pergerakan kerajaan Israel yang sewenang-wenang menguasai tanah milik Palestin sehingga mereka kehilangan tempat tinggal.
Hmm, mungkin Lorde boleh gantikan Tel Aviv dengan Kuala Lumpur? Just saying.