Sejak tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menaik taraf kawasan lorong sisi dan lorong belakang di sekitar Bukit Bintang di bawah projek pengindahan bandar.
Rasanya masih belum ramai yang tahu kawasan ini boleh dijadikan port bergambar dan spot terbaik untuk pelancong datang ke negara kita.
Kalau dahulunya lorong-lorong ini kelihatan suram dan tidak menarik, sekarang makin ceria dan terdapat juga tiga hotel butik yang cantik, antaranya adalah Hotel Melange, The Yard Boutique Hotel dan Summer House Bed & Café.
Menurut perkongsian Suraya Muhamad, dulu nak lalu area Jalan Alor, Bukit Bintang ni punya ngeri sebab kotor dengan sampah dan bau yang tidak menyenangkan.
Namun begitu, pada bulan lepas kebetulan dia ada di area Sungei Wang Plaza, Suraya sempat singgah ke lorong tersebut memandangkan kawasan di situ pun tidak sesak.
Lukisan mural yang dilukis pada bangunan lama sememangnya satu inisiatif yang perlu dipuji kerana dapat menaikkan semula tempat ini untuk tarikan orang ramai.
Dengan peruntukan RM1.5 juta oleh DBKL seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online
, lorong-lorong ini telah dinaik taraf dan diberi imej baru memandangkan ia merupakan pusat tarikan pelancong.Lepas ni tak perlulah nak pergi jauh-jauh, Cuti-Cuti Malaysia pun onz je. Lebih dekat, lebih jimat. Paling penting gambar OOTD menarik. Hiks!