Kalungan tahniah buat dua merpati sejoli, Mira Filzah dan Wan Emir Astar masih dihantar oleh seluruh rakyat Malaysia yang gembira dengan jalinan cinta yang tercetus di antara mereka.
Ini termasuklah dalam kalangan selebriti tempatan yang turut melafazkan kegembiraan terhadap berita tersebut, sejak semalam.
Antara yang memuat naik ucapan manis di media sosial termasuklah Noor Neelofa pada hari Jumaat.
Meskipun sedikit terlewat berbanding selebriti lain yang sudah mengerumuni kotak komen, ucapan Neelofa yang dimuat naik lewat jam 4 petang tadi telah pun menerima lebih 3,200 likes dan 600 retweet setakat artikel ini ditulis.
Catat Lofa, “Tahniah Mira dan Emir! Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian dan saya doakan agar kamu melalui perjalanan lancar hingga ke jannah, Insha’Allah. Jagalah diri pasangan, berkomunikasilah sesama kalian dan paling utama, cintailah sesama kalian.”
Ramai netizen yang turut tidak sabar untuk menantikan detik perkahwinan Dewi Remaja 2009/10 itu.
Bilakah dan adakah Neelofa sudah mempunyai calon? Biarlah pintu hatinya dan Allah SWT saja yang tahu.
Jom lihat 10 lagi ucapan selebriti sempena perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir Astar semalam.
*
Bagaimanalah rupa gaun perkahwinan Mira Filzah semasa majlis resepsi esok? Agak-agak ia adalah hasil rekaan Rizman Ruzaini, Fizi Woo ataupun..?