‘Sayangilah diri sendiri, cintailah diri sendiri dan hormatilah ia sebagaimana kamu menyanjungi orang yang hebat di luar sana. Ingat, di saat kita tiada sesiapa lagi orang di atas dunia, kita masih ada diri kita sendiri’

Itulah ungkapan yang dicoretkan pakar motivasi tersohor tanah air, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengenai cintai dan hormati diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr. Fadzilah Kamsah Dedah Tanda ‘Anxiety’ Yang Tak Disedari Seorang Penghidap

‘Love Yourself’, Ini 7 Pesanan ‘Mahal’ Dr. Fadzilah Kamsah

Dalam Islam juga sememangnya menuntut umatnya agar mencintai dan menjaga kehormatan diri sebagai wujud rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Ilahi buat kita.

Ads

Selain itu, beliau turut mencoretkan tujuh pesanan ‘mahal’ bagi setiap insan untuk sentiasa beringat dalam menjaga diri.

1. Setiap orang yang bersama kita, akan ada satu hari yang akan menjadi hari terakhir mereka bersama kita. Kita cuma tak tahu bila, maka sayang kena berpada-pada. Benci juga kena bersederhana.

Perlu ingat, mereka adalah pinjaman dari Allah SWT. Maka, kita jangan terlalu sedih apabila mereka pergi. Berniatlah semoga dipertemukan di alam syurga kelak.

Ads

2. Bersamalah dengan mereka yang selalu buat kamu tersenyum. Walaupun pada saat mereka tiada di depan mata.

Bukan setakat kehadiran mereka membahagiakan, tetapi memori yang mereka tinggal juga membahagiakan buat kehidupanmu.

3. Ingatlah di saat, kamu bergaduh dengan pasangan, mak ayah atau sesiapa sahaja yang menyayangi kamu, pertengkaran itu kerana mereka sayang.

Bila mereka dah senyap, itu tandanya, “we are done.”

Ads

‘Love Yourself’, Ini 7 Pesanan ‘Mahal’ Dr. Fadzilah Kamsah

4. Masalah kamu, bukan masalah kamu sebenarnya. Tetapi “tindakbalas” kamu terhadap masalah, itulah masalah sebenar.

5. Benda baik dan bermakna, selalu ambil masa. Tetap sabar dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

6. Hargailah sesiapa sahaja yang ingat akan hal-hal kecil tentang diri kamu. Kecil bagi kamu, besar bagi dia. Maka, santuni dan jaga mereka baik-baik.

7. Ketentuan Allah, boleh jadi hal yang tidak kita duga dan boleh terima begitu sahaja. Kita marah dan kadangkala boleh kecewa. Kamu rasa pahit sangat atas apa yang berlaku.

Ingat, bukan pentingkan diri, tetapi jika tidak pelihara diri sendiri, mana mungkin kita boleh pelihara orang lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Dr. Fadzilah Kamsah

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI