Lovisa KLCC Tidak Beretika? Terpalit Kontroversi Minta Staf Merangkak Bersih Lantai

Share

 

Majoriti remaja perempuan di Malaysia pasti mengenali jenama stor barangan aksesori popular, Lovisa. Sekali masuk, mana-mana pengunjung tentunya akan rambang mata dengan tawaran pelbagai jenis aksesori cantik untuk mereka tambah ke dalam koleksi sedia ada.

Cuma, apa yang tidak berapa nak cantik adalah aduan seorang warganet yang terkejut dengan layanan pengurus stor Lovisa yang terletak di pusat membeli-belah, Suria KLCC terhadap pekerjanya.

Difahamkan, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai @Nicholas_Gomez itu telah menemani isterinya ke stor tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati seorang pekerja stor sedang merangkak untuk membersihkan lantai stor dari satu sudut ke sudut lain dengan menggunakan tisu basah.

Pada waktu yang sama, apabila ada pelanggan yang datang kepadanya untuk bertanyakan sesuatu, dia terpaksa menjawab daripada posisi tersebut.

Sumber Foto : Twitter @Nicholas_Gomez

Persoalan utama bukanlah mengenai cara pekerja tersebut membersihkan stor tetapi lebih kepada cara pengurus stor mengendalikan staf. Di mana-mana stor lain, prosedur membersihkan stor selalunya ditetapkan sebelum stor dibuka ataupun selepas ia ditutup kepada pengunjung. Ini demi memastikan imej profesional ketika menerima kunjungan pembeli dan agar lantai stor tidak merbahayakan pembeli sekiranya basah.

Isteri Nicholas terus bertanya kepada pengurus stor sekiranya ini adalah prosedur normal mereka. Namun tiada jawapan munasabah yang telah mereka terima.

Tangkap layar: Twitter @Nicholas_Gomez
Tangkap layar: Twitter @Nicholas_Gomez

Bagi pasangan itu, layanan ini boleh dianggap sebagai isu membuli di tempat kerja. Bukan saja mereka dipaksa membersihkan stor pada waktu tidak bersesuaian, pekerja juga tidak diberikan peralatan yang betul dan dipaksa menggunakan tisu basah sahaja.

Jika kebanyakan syarikat menormalisasikan arahan seperti ini tidak kiralah di stor ataupun di pejabat biasa, ia secara tidak langsung akan menjurus ke arah persekitaran bekerja yang toksik yang menganggu kesihatan mental pekerja itu sendiri.

Tangkap layar: Twitter @Nicholas_Gomez

Tinjauan di bahagian komen mendapati beberapa bekas pekerja stor tersebut juga pernah berdepan isu layanan pengurusan. Biarpun mereka faham stor seperti Lovisa ingin kelihatan bersih dan teratur sepanjang masa demi keselesaan pengunjung, but there is a right time and space to do such jobs.

Tangkap layar: Twitter @Nicholas_Gomez

Mereka turut berharap agar pengurusan Lovisa melatih para pengurus cawangan mereka akan tatacara sebagai ketua dan mengenai delegasi tugasan mengikut waktu yang tepat.

Salah seorang pengguna juga menerima respon balas menerusi bahagian DM di Instagram daripada Lovisa. Memo tersebut secara ringkasnya menerima aduan yang dihantar dan akan melaporkannya kepada pihak pengurusan.

Tangkap layar: Twitter @Nicholas_Gomez

Sama-samalah kita nantikan sekiranya akan ada penjelasan daripada pihak Lovisa Suria KLCC dan pengurusan Lovisa Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Gentar Dengan KKM & Kecaman, ‘Minah Saleh’ Buat Hal Lagi Tanpa Pelitup Muka – REMAJA

BACA LAGI : “RM3,000 Je?! Double Standard Betul!” Warganet Berang ‘Karen’ Dikompaun Kurang Dari Warga B40 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ