Loya Tekak, DBKL Dedah ‘Rupa’ Sebenar Kilang Tauhu Di Cheras

Share

Ada ke disini pengemar tauhu dekat sini?

Tauhu merupakan antara makanan yang popular didalam masakan penduduk Malaysia. Mana taknya, dalam hidangan popular seperti ayam penyet, tempe dan tauhu pasti akan dihidangkan sekali. Tengah trend pula tauhu bergedil sekarang ni kan…uishh sedapnya.

Tapi jangan tahu makan je, banyak kilang menghasilkan tauhu. Namun, pendedahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Facebook rasmi mereka terhadap sebuah kilang pemprosesan tauhu mungkin menyebabkan tekak anda berasa loya.

Memang mengejutkan, guess what?

Apakan tidak, keadaan kilang tersebut yang kotor dan menjijikkan pasti akan mengundang rasa geli serta loya sesiapa sahaja yang melihatnya.
Menurut DBKL, mereka mengadakan pemeriksaan sanitasi dan mendapati kilang tersebut tidak menepati tahap kebersihan yang disyorkan.

Keadaan kilang dan para pekerja yang tidak menepati tahap kebersihan.

Justeru, DBKL telah mengarahkan kilang tersebut ditutup!!

Dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook, DBKL mendakwa premis berkenaan berada dalam keadaan kotor serta terdapat urungan lipas.


.


.


.

“Lawatan dan pemeriksaan oleh DBKL pada 15 Jun 2020 (Isnin) di Chong Brother Bean No.13, Jln Pudu Ulu, 56100, Cheras, mendapati premis tersebut:

Terdapat urungan lipas, lantai, dinding proses penyediaan kotor serta berdaki hitam. Tandas berbau dan berdaki, pengendali tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan dan tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual,” tulis kenyataan tersebut.

Berikutan itu, kilang tersebut diarahkan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuat kuasa 16 Jun 2020. Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, mesti korang pun mesti rasa nak termuntah tengok keadaan premis yang kotor dan jijiknya.

Rata-rata warganet berasa loya dan berterima kasih kepada DBKL kerana berjaya mengesan premis-premis makanan yang kotor.

Okay, penulis terus rasa kembang makan tauhu bergedil tadi…huhu

Sumber : Facebook Rasmi DBKL

 

Published by
Ruziana Zainal