“Luar Setinggan ,Dalam Kondo” Netizen Terkejut Tengok Hiasan Dalaman Pondok Usang Ini

Share

Siapa cakap pondok kecil dan usang tidak boleh dihias sempurna!

Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira rumah jenis apa, kalau rajin pasti rumah korang kemas dan kelihatan indah di dalamnya

ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Bajet 1K, Pemuda Ini Transform ‘Rumah Flat’ Jadi Kondo!

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan pondok usang tapi tandas bersadur emas?Untuk pengetahuan semua,  pondok tersebut milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Baharuddin Mamat yang tular di TikTok sejak beberapa hari yang lalu.

Jika dilihat dari luar, anda mungkin tidak akan menyangka bahawa pondok tersebut kelihatan berbeza dari dalamnya. Menerusi video yang dimuatnaik oleh kenalannya @salahuddinmazelan, memasuki ke dalam pondok tersebut adalah seperti berada dalam dunia yang berbeza.

Paling istimewa, tandas di dalam pondok itu juga turut dilengkapi dengan tab mandi dan dihiasi dengan sangat kemas.

@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Manakan tidak, ia dihiasi dengan pelbagai barangan berwarna keemasan yang kelihatan sangat mewah dan moden.

Mengikut laporan, pondok tersebut dibina oleh Baharuddin Mamat untuk pekerja-pekerja berehat selepas berniaga. Malah, pondok tersebut berada berdekatan dengan kedai makannya di Kampung Dusun Melintang, Jalan Sultan Muhammad di Terengganu.

Rata-rata netizen terkejut dan memuji hiasan dalaman pondok ini yang tak setara dengan luarannya.

Kesimpulannya, bak kata pepatah English,  “don’t judge a book by its cover“. Ha kalau korang jumpa pondok macam ni jangan pandang sebelah mata, kot-kot lagi hebat dari hiasan dalaman rumah korang tu.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: salahuddinmazelan

Published by
Nana