Lucu! Terperasan Basikal Pasangan Berharga Ribuan Ringgit, Warganet Pakat ‘Backup’ Suami

Share

 

Sekali terkantoi pula derr..

 

Sukan berbasikal sudah menjadi satu trend berbilang peringkat umur di negara kita. Yang muda, yang dah berkahwin, yang sudah berkeluarga – kalau boleh semua orang ingin mencuba berbasikal.

Namun, disebabkan kos ratusan hingga ribuan Ringgit yang perlu dilaburkan, tak semua orang mampu menaiki basikal premium yang ‘sedap’ dibawa.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Nak Start Kayuh Basikal? Alif Satar Pesan Jangan Beli Mahal-Mahal, Kecualilah.. – REMAJA

Penulis tertarik dengan satu pasangan di media sosial ini apabila si suami dikhuatiri telah membeli basikal premium secara senyap-senyap tanpa memberitahu pasangan mengenai harga basikal tersebut.

Segalanya ‘terkantoi’ apabila si isteri yang dikenali menerusi akaun @cikNils memerhatikan muat naik berkenaan harga basikal oleh akaun @theborneoghost yang mirip dengan basikal suaminya itu.

Menerusi muat naik itu, ia memaparkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin di hadapan basikal premium miliknya.

BACA LAGI: “Bila Menteri Kena, Cepat Je Tindakan..” Netizen Tak Puas Hati Respon ‘Double Standard’ JKR – REMAJA

Laporan insiden KJ terjatuh basikal baru-baru ini nampaknya  mencuri tumpuan pengeluar basikal popular dari Itali, Pinarello UK dan pihak mereka mengesali insiden tersebut.

Sebagai ‘hadiah’ kepada KJ sambil berharap beliau pulih dengan segera, Pinarello menawarkan set gantian penuh basikal Dogma F10 yang dianggarkan bernilai RM45,000.

*

Jelaslah, si suami terkantoi membeli basikal premium mirip basikal KJ.

Apa yang lucunya adalah apabila tweet tersebut dihujani komen balas pengguna lelaki yang cuba menolong si suami dalam situasi ‘kantoi’ ini.

Member tak member, lelaki kena back up lelaki lain kan. #BroCode

Haih, korang baca sendiri beberapa cara pengguna Twitter lelaki di bawah untuk cuba menolong si suami tadi.

*

Typo Harga

.

Cakap Dapat Hadiah Cabutan Bertuah

.

Shopee Pun Terkena Tempias

 

Klon Basikal Taiwan

.

Beli Basikal Ikut Kilo

.

Nampak Je Original

.

Beza Basikal CBU & CKD

.

Beli Tayar Dapat Basikal

.

Salah Currency

.

Ingat! Jual Balik Masa Sales

.

KJ Buat Giveaway

*

Macam-macam ya!

Apapun, @cikNils berseloroh dan berkata tiada insan yang tercedera sepanjang tularnya tweet tersebut. Basikal yang dibeli oleh suaminya itu juga “masih elok dijaga”.

Jangan main-main ya dengan pasangan korang, boys. Mereka ini lebih pintar dan pantas daripada spy!

Published by
FZ