Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular sekitar tahun 80 an dan 90 an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Os.
Lawaknya yang bersahaja tetapi cukup mencuit hati. Biarpun bergelar pelawak, namun Allahyarham semasa hayat tidak pernah mengabaikan pelajaran buat anak-anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Kuala Pilah Yang Berjaya Di Bumi Jepun, Sangat Berinspirasi!
Meniti usia 30 tahun, kematangan anak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os ini cukup menyerlah. Bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Syafiqa Hayra bukan hanya disifatkan seorang wanita cantik dan bijak bahkan memiliki keperibadian yang baik. Kalau arwah Mr Os masih ada, mesti dia bangga melihat kejayaan anak perempuannya hari ini.
Dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur, Muhammad Awal Syafrel Harez Mohd Yusof selaku adik lelaki menjadi wali kepada Dr Syafiqa Hayra.
Graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Mesir ini menerima mas kahwin RM300.
Mesra disapa Dr Hayra tampil memukau dan berseri-seri hasil sentuhan magis makeup artist, Bee Ramza. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan sama cantik sama padan dalam persalinan putih bersih bertemakan Fairy Tale.
Difahamkan busana gaun kembang yang digayakan Dr Hayra ialah cetusan inspirasi gaun perkahwinan mendiang Puteri Diana. Memang terserlah kecantikan pengantin perempuan persis seorang puteri!
Bagi ibu pengantin perempuan iaitu Rahayu Muhamed Nadzir, dia bersyukur kerana anak gadis kesayangan kini menemui teman hidup.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.