Hiburan

Luncai Emas Milik Dato’ M Nasir Dilantik Jadi Sub Penerbit Muzik Penyanyi K-pop

Share

Kerjasama antara Koong World dan Luncai Emas ini adalah demi memudahkan artis-artis berbakat untuk menembusi pasaran dua buah negara.

 

Syarikat Luncai Emas Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ M. Nasir  mengorak satu langkah ke hadapan apabila dilantik sebagai penerbit muzik bersama atau sub-publisher kepada lagu-lagu di bawah agensi hiburan Korea Selatan, Koong World untuk pasaran di Malaysia.

Pada masa yang sama, lagu-lagu di bawah hakcipta muzik Luncai Emas juga ditadbir oleh Koong World bagi pasaran Korea Selatan; dengan harapan kerjayasama ini akan membantu kedua-dua belah pihak untuk memastikan artis-artis berbakat dapat menembusi pasaran dua buah negara.

Terbaru, Luncai Emas sedang memasarkan lagu berjudul Nail yang baru diluncurkan oleh penyanyi wanita K-pop baharu Vin dan berharap agar lagu tersebut lebih luas didengarkan oleh peminat muzik di Malaysia.

Penyanyi K-pop baharu, Vin.

Vin yang muncul dengan album sulung juga dengan tajuk Nail telahpun menemui pendengar di pelbagai platform muzik dalam talian sejak 17 Februari lalu. Kali pertama mendengarkan nyanyian Vin yang jujurnya masih hijau dalam pengetahuan peminat K-pop di Malaysia, Vin jelas mempunyai vokal yang unik, jelas lagi memikat.

Dibantu pula dengan penerbitan lagu-lagu menarik karya Yoon Sang-jo dan Kang Yeon-wook yang pernah terlibat dalam pembikanan muzik kumpulan IZ*ONE dan penyanyi Ryu Soo-jung, lagu-lagu Vin ini kedengaran lebih menarik and catchy on our initial listening.

Nail mengisahkan tentang seorang wanita yang mengenangkan kisahnya bersama kekasih yang telah berpisah dan ia mempunyai rentak muzik ala Lo-Fi yang dekat dengan hati pendengar masa kini.

“Saya gembira akhirnya dapat mengeluarkan album di bawah nama saya selepas berlatih dengan lama. Saya ingin berjumpa dengan peminat-peminat saya melalui pelbagai aktiviti,” kata Vin menerusi kenyataan agensinya.

Sementara itu, agensi Koong World juga relatifnya masih baharu dalam industri seni muzik K-pop sejak Mac 2024 dan ia merupakan agensi yang memperkenalkan pelbagai mekanisma baharu dalam penciptaan muzik masa kini.

Menerusi laman webnya, pengguna boleh memuat naik muzik sendiri dan mendapatkan pendapatan jualan. Malah, Koong World juga menawarkan perkhidmatan kepada pemuzik di seluruh dunia, di mana segala-galanya dari pembuatan hingga penjualan muzik K-pop boleh diadakan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ