Lebih kurang beberapa hari lagi siri terbaru permainan video bola speak popular dunia, FIFA21 akan dilancarkan di platform PS4, PC dan Xbox One. Namun begitu, permainan video ini khabarnya boleh dimainkan tiga hari lebih awal dari tarikh pelancaran (9 Oktober) untuk versi Champions Edition dan Ultimate Edition.
Apa yang menariknya dalam siri terbaru FIFA kali ini, anak jati Malaysia yang kini beraksi di Liga Belgium, Luqman Hakim turut diperkenalkan dalam FIFA21 ini.
Sebelum ini, Luqman juga telah menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia selepas berjaya menjaringkan gol bagi membantu kelabnya KV Kortrijk (KVK) menewaskan BX Brussel dalam aksi persahabatan baru-baru ini.
Kemunculannya dalam permainan video FIFA21 juga dikatakan mempunyai kelajuan dan aksi yang cukup lincah sama seperti diatas padang.
Mesti peminat permainan video FIFA dah tak sabar nak beraksi dengan Luqman Hakim kan?
Sumber: GamesBond
Makin Kompetitif, WhatsApp Perkenal Fungsi Hantar Gambar Dengan Resolusi Tinggi
WhatsApp antara aplikasi yang sering digunakan oleh masyarakat dunia untuk berkomunikasi sesama sendiri dengan cara yang paling mudah.
Jika sebelum ini, penghantaran gambar dengan resolusi tinggi melalui WhatsApp agak leceh, namun kini aplikasi tersebut sudah mempunyai ciri baharu dimana korang boleh menukar tetapan pada telefon pintar.
Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu pergi ke WhatsApp > Settings > Storage and Data > Media Upload Quality.
Terdapat tiga pilihan yang diberikan kepada pengguna, iaitu Auto, Best Quality dan Data Saver. Jika korang memilih Best Quality, saiz gambar akan menjadi lebih besar dan mengambil sedikit masa ketika menghantar kepada pengguna lain.
Walau bagaimanapun, buat masa sekarang hanya gambar sahaja yang mempunyai tetapan tersebut, bagi kualiti penghantaran video yang tinggi pula masih belum disediakan.
Mesti ramai yang happy bila dah mudah nak hantar gambar resolusi tinggi di WhatsApp kan. Selama ini mungkin ramai yang terpaksa beralih ke Telegram untuk menghantar gambar berkualiti tinggi, tapi kini korang sudah boleh menggunakan ciri terbaharu ini okay?
So guys, cepat update aplikasi WhatsApp korang sekarang.
Sumber: (1)
6 Cara Mudah Ini Boleh Bersihkan Komputer Korang Dengan Berkesan
Tak kira berapa kerap korang bersihkan habuk yang melekat pada komputer, ia tetap saja bertebaran bebas dan mengganggu rutin pekerjaan kerana boleh membuatkan korang asyik rasa nak terbersin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan komputer sentiasa bersih dan terhindar daripada kotoran habuk.
Jom check 6 cara mudah yang korang boleh try ni!
1. Lap skrin
Bagi menghilangkan kotoran habuk di komputer, ramai yang sering menggunakan kertas tisu untuk mengelap skrin. Namun begitu, kotoran tersebut akhirnya jatuh ke bawah dan melekat pada keyboard.
Selain itu, kain lap yang kasar akan meninggalkan kesan dan lebih teruk lagi, ia mampu untuk mencalarkan skrin komputer.
Hanya kain microfiber yang sesuai untuk membersihkan skrin komputer. Jenis fabrik ini tidak meninggalkan kesan dan ia cukup lembut untuk mengelap skrin.
2. Guna cuka putih untuk kesan yang lebih baik
Jangan sesekali menggunakan bahan-bahan pembersih daripada alkohol, ammonia atau aseton. Cecair yang agresif ini boleh mengeluarkan cat daripada setiap button pada keyboard dan boleh merosakkan skrin komputer korang.
Untuk lebih selamat, gunakan cuka putih yang dicampur bersama air sebagai bahan pembersih. Celupkan sedikit pada kain lap dan gunakannya dengan selamat.
3. Hapuskan calar
Gunakan sedikit ubat gigi untuk kerja-kerja menggilap. Namun, jangan terlalu banyak dan calit kan pada kain microfiber, kemudian lap pada skrin komputer.
Biar sehingga kering dan selepas itu, lap dengan kain yang sedikit basah.
4. Guna hairdryer
Kotoran habuk pada keyboard dapat dikeluarkan dengan mudah oleh alat pengering rambut. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan kotoran daripada unit sistem:
a. Cabut wayar komputer dan keluarkan wayar tersebut. Cabut dinding CPU dengan pemutar skru.
b. Tiup unit tersebut dengan menggunakan suhu yang tidak panas.
5. Bersihkan habuk dari tempat yang sukar
Untuk membersihkan habuk di kawasan yang sukar, korang boleh menggunakan bulb syringe. Ia mudah untuk meniup keluar habuk dari tempat seperti radiator dan CPU.
6. Bersihkan keyboard
Kawasan mungkin agak leceh untuk dibersihkan kerana kedudukan keypad yang berlubang-lubang. Apa perlu korang buat? Ikuti cara ini untuk membersihkannya:
a. Sama seperti tadi, korang juga boleh menggunakan cuka putih yang dicampur dengan air, kemudiankan celupkan sedikit pada kain microfiber dan bersihkan di celahan-celahan butang keypad tersebut.
b. Ambil apa-apa alatan yang nipis seperti pisau sapu mentega dan tutup bahagian hujung pisau tersebut dengan kain microfiber. Kotoran dapat dikeluarkan dengan mudah.
Nah, lepas ni tak ada lagi alasan nak tengok komputer korang penuh habuk kan? Guna saja cara yang dikongsi ini kerana sememangnya mudah dan berkesan.
Semoga bermanfaat.
DIY Gambar Pasport Pakai Handphone, Modal RM1 Je Dapat 8 Keping Gambar
Dalam waktu-waktu ‘sesak’ hari ni, kalau dapat jimat 10 sen pun dah kira besar rahmat. Ini kan pula bila berjaya jimat RM26, lagilah berbaloi-baloi.
Ceritanya mudah je tentang nak dapatkan gambar pasport. Ya, kalau nak mudah memang terus pergi buat dekat kedai, tapi bersedialah tabur duit lebih daripada RM10.
Sekarang ni korang boleh simpan duit tu buat belanja makan sebab ada seorang brother ni dah kasi tip macam mana nak dapatkan gambar pasport dengan hanya bermodalkan RM2 je dan boleh dapat 16 keping gambar.
Lagi best bila dia ambil gambar pasport tu hanya guna handphone saja. Style kan?
Nak tau macam mana bro ni buat, jom kita tengok step ringkas yang dikongsi oleh Harith Faisal ini.
Bahan-bahan:
1. Smartphone
2. Pendrive
3. Otak yang bijak
4. Sedikit kerajinan
Cara-cara membuat:
1. Masuk Play Store dan cari apps Photo Grid. Percuma
2. Ambil gambar handsome-handsome macam ni. Kalau untuk hakak-hakak, haruslah yang paling cantik. Pakai smartphone je, tak perlu DSLR.
Di bahagian bawah tu tak kisah sangat asalkan pada bahagian atas nampak kemas. Background guna kain biru kalau nak senang. Kalau tak nanti kena photoshop pula.
Oh lagi satu, jangan selfie pula ya!
3. Pilih portrait dan crop gambar ikut nisbah 3:4. Pastikan subjek, iaitu muka dan badan kite penuh ¾ daripada gambar yang nak di crop tu.
4. Rotate 90 darjah, klik sekali je okay?
5. Kemudian, save gambar yang terhasil tadi.
6. Pilih 8 gambar yang di save tadi sebab nak buat 8 gambar pasport kan?
7. Pilih susunan seperti ini. Kalau pilih yang lain, gerenti tak akan jadi.
8. Paling penting, pilih nisbah 2:3 kerana ini adalah ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R. Klik pada border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang untuk kesemua 8 gambar tersebut.
9. Save gambar tersebut guna kualiti yang terbaik, 2048P.
10. Bila dah save, rotate kembali gambar tadi dan siap! Save dalam pendrive dan pergi ke kedai foto yang berhampiran.
Print size 4R dan kalau tauke kedai kata sekeping RM5 memang penipu. Tapi, kalau dia cakap RM1, terus buat je dekat situ. Minta di print dua keping gambar pada saiz 4R.
So, dah dapat 16 keping gambar pasport dengan harga RM2 je. Memang jimat habis. Kalau pergi kedai harga biasa dalam lebih kurang;
4 keping RM10
8 keping RM16
12 keping RM22
16 keping RM28
Macam ni je pun dah dapat jimat RM26 tau.
Lepas tu, balik rumah potong la kemas-kemas dengan gunting. Itu saja caranya, mudah kan?