Mangsa-mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya di Selangor telah membuatkan ramai rakyat Malaysia terkesan.
Mana tidaknya habis rumah, harta benda dan ada juga yang terputus bekalan makanan membuatkan warganet yang melihat berasa hiba lebih-lebih lagi banyak video tular di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN :
6 Beradik Tidur Berhimpit Dalam Kereta Di Stesen Minyak, LZS Hulur BantuanDalam pada itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan khabar berita gembira buat mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.
Menerusi program LZSPeduli, satu bantuan one-off kepada keluarga terjejas banjir. Sekiranya layak, setiap kediaman tersebut akan menerima tunai RM600 untuk meringankan beban pascabanjir.
Cara Mohon
Cara nak mohonnya mudah sahaja, hanya perlu kepilkan laporan polis yang ada pengesahan ketua masyarakat dan semuanya berlaku secara dalam talian.
Syarat kelayakan untuk memohon
Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dan sebarang perkembangan boleh disemak di Sistem eZakatONLINE.
Tapi korang kena cepat mengisi permohonan ini tempoh bantuan yang dibuka sangat singkat. Ia ditutup pada 30 Disember 2021. Semoga bermanfaat perkongsian ini kepada semua.
BACA LAGI : Pertikai Status Halal Masakan Gurdwara Untuk Mangsa Banjir, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.