Maaf Girls! Latif Romly Kini Sudah ‘Diikat’, Kenali Siapa Tunangnya

Share

 

Pada usia 24 tahun, pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly telahpun menemui jodoh. Maaf girls! Hati atlet pujaan ramai ini telahpun ‘dicuri’ oleh pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nabila Farhana.

Mereka berdua telahpun selamat bertunang semalam dalam sebuah majlis serba ringkas namun lengkap di Kangar, Perlis.

Sumber Foto : Instagram @nabersss
Sumber Foto : Instagram @nabersss

Menerusi risikan penggiat media tempatan, wanita yang menjadi pilihan Latif ini merupakan seorang guru yang telah dikenali oleh Latif sejak mereka berada di bangku sekolah lagi; iaitu semasa sama-sama bergelar pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di Kangar.

Sumber Foto : Instagram @nabersss

Latif tidak lokek untuk berkongsi berita gembira itu bersama para pengikutnya di Instagram semalam apabila memuat naik foto bersatu tunangnya itu kira-kira pada jam 8.00 malam tadi. Catat Latif, dia menyatakan rasa syukur apabila dirinya dan Nabila kita selangkah menghampiri hari bahagian mereka.

“Alhamdulillah, one step closer. I love you @nabersss.”

Sumber Foto : Instagram @latifromly

Muat naik tersebut turut menerima ucapan tahniah dan kegembiraan daripada rakan-rakan atlet lain seperti Pandelela Rinong dan juga bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.

“Tahniah Champ.” – Pandelela Rinong

“Alhamdulillah, tahniah champ.” -Syed Saddiq

Biarpun usia Latif masih muda dan perjalanannya dalam arena sukan lompat jauh ini masih jauh, anak bongsu daripada tujuh adik beradik ini bersedia untuk mengikat tali pertunangan setelah sekian lama mengenali hati budi Nabila. Begitupun, mereka dikatakan tidak mempunyai perancangan lanjut untuk menamatkan zaman bujang secara tergesa-gesa. Masing-masing ingin fokus terlebih dahulu dengan kerjaya masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini Barulah ‘Sportsmanship’! Warganet Berterima Kasih Pada Atlet Greece Yang ‘Concern’ Terhadap Kecederaan Latif Romly – REMAJA

Tambahan pula, Latif kini sedang menyasarkan penyertaan dalam Sukan Paralimpik di Paris pada tahun 2024. Tentunya, dia ingin mempertahankan pingat emasnya itu buat kali ketiga untuk negara. Besar kemungkinan, mereka akan memilih tahun 2025 untuk mengikat tali perkahwinan.

Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada Latif dan Nabila!

BACA LAGI : Naib Juara Hero Remaja 2007/08, FIZO OMAR Selamat Bergelar Suami – REMAJA

Published by
FZ