“Maaf Kami Tak Dapat Perform Tahun Lepas” Peminat TWICE Penuhkan Axiata Arena!

Share

 

Kalau korang merupakan peminat muzik K-Pop, pastinya ramai masih mengingati ‘tragedi’ konsert kumpulan TWICE di Kuala Lumpur dibatalkan pada saat-saat terakhir tahun lalu.

 

Jadi apabila TWICE berkunjung semula ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘Twice Light in Kuala Lumpur’ yang sedang dilangsungkan di Axiata Arena, ramai yang berharap agar isu pentas tidak menepati piawaian pada tahun lalu tidak lagi berulang kembali.

Ini susulan pembatalan acara fan meeting Kim Jaehwan di Stadium Malawati yang dibatalkan pada bulan lalu. Maka, tak hairanlah apabila ramai peminat yang gusar sesuatu yang buruk akan berlaku pada konsert TWICE petang ini.

But nope, ia berjalan dengan lancar!

BACA: “27 Julai Tarikh Si*l” Kim Jaehwan & TWICE Batal Persembahan Tarikh Sama

Semasa Tzuyu, Jihyo, Sana, Momo, Nayeon, Dahyun, Jeongyeon dan Chaeyoung memperkenalkan diri masing-masing dalam Bahasa Malaysia, mereka sempat untuk memohon maaf atas apa yang terjadi pada tahun lepas.

Malangnya, Mina tidak ‘turun padang’ pada kali ini untuk menangani isu anxiety

ekstrem yang masih dihadapinya.

 

Pakaian Konservatif

Menariknya, dua set pakaian yang disarungkan oleh TWICE amat berbeza dengan pakaian  grup K-Pop perempuan lain yang pernah melakukan persembahan di Malaysia.

Tatkala ramai yang menggemari hot pants, one-piece dan short dress sepanjang konsert, TWICE memilih seluar panjang hitam untuk dipadankan dengan top hitam. Hanya penari mereka saja yang memakai seluar pendek.

Kemudian, TWICE muncul semula selepas menukar kepada dress labuh berwarna putih.

Twitter
Twitter
Twitter

 

Para ONCE (nama jolokan peminat TWICE) melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang mengharukan kerana grup tersebut menghormati budaya Malaysia yang berpakaian sopan-santun.

 

Twitter
Twitter
Twitter

 

Apa pendapat korang?

Patutkah grup K-Pop lain yang berkunjung ke Malaysia diwajibkan untuk berpakaian sopan semasa melakukan persembahan seperti TWICE?

Atau syarat-syarat tersebut hanya akan menakutkan label dan syarikat pengurusan mereka daripada memilih Malaysia sebagai destinasi konsert?

*

HEY GIRLS! WE’RE BACK

 

Published by
FZ