Penyanyi popular Goo Hara didapati telah meninggalkan mesej menyedihkan kepada rakannya, mendiang Choi Sulli pada hari dia membunuh diri.
Pada usia 28 tahun, Hara telah ditemui dalam keadaan tak sedarkan diri semalam di kediamannya di Cheongsam.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Goo Hara Meninggal Dunia Di Kediamannya
Tanpa kenyataan rasmi berhubung punca dan cara kematian, agensi Jepun, Production Ogi yang mewakil Hara bagaimanapun berharap agar semua orang menghormati privasi penyanyi itu.
"Ahli keluarga dan rakan Goo Hara sedang terkejut dan bersedih pada masa ini. Oleh itu, kami memohon kamu untuk tidak menulis sebarang spekulasi dan menyebarkan khabar angin," tulis mereka.
Kejadian ini berlaku lebih sebulan selepas tragedi kematian yang melanda bekas ahli kumpulan f(x), Choi Sulli.
Untuk pengetahuan, Sulli telah ditemui meninggal dunia pada 14 Oktober lalu selepas pengurus menjumpainya di rumah mendiang. Meskipun dia cepat menghubungi paramediks yang tiba dalam tempoh 19 minit saja, Sulli telahpun didapati meninggal dunia.
Peminat mengetahui akan hubungan rapat di antara Hara dan Sulli.
Ia jelas dapat dilihat pada mesej terakhir yang disampaikan oleh Hara semasa melakukan sesi Instagram Live semalam. Dia meminta maaf kepada Sulli kerana tidak dapat menghadiri upacara penghormatan kerana berada di Jepun pada waktu itu bagi tujuan promosi karier solonya.
Dalam keadaan menangis, Hara cuba untuk menahan sebak dan berkata, "Sulli, saya minta maaf tidak dapat pergi (ke pengebumian) kamu kerana saya berada di Jepun.
"Saya minta maaf kerana tak mempunyai cara selain menegur kamu dengan cara ini.
"Hiduplah dengan baik di atas sana dan lakukan apa jua yang ingin kamu lakukan dulu. Saya akan berusaha untuk hidup dan bekerja keras untuk kamu."