Seni & Budaya

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jadi Perhatian “Kolej Aku Dulu Pun Tak Ada Golf & Kuda“

Share

Isnin lepas merupakan hari pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengumuman tersebut juga mendedahkan statistik pelajar dan 20 sekolah terbaik berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS).

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jadi Perhatian “Kolej Aku Dulu Pun Tak Ada Golf & Kuda“

Sumber Gambar: pendidikan4al

ARTIKEL BERKAITAN : Dua Kejayaan Berganda, Pelajar Raih 12A SPM Dan Johan Hafazan

Maahad Tahfiz Negeri Pahang mendapat tempat pertama dengan GPS 1.070, mengalahkan beberapa sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Sultan Alam Shah dan Kolej Tunku Kurshiah.

Faciliti Canggih

Hal ini juga membuatkan netizen mula kagum dan membuat ‘siasatan’ tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk mengetahui bagaimana mereka boleh mendapat tempat pertama dalam keputusan SPM 2023.

Selain itu, satu video yang menunjukkan fasiliti mewah dan selesa untuk para pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang turut tular di platform X.

 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat fasiliti di beberapa makmal sains, komputer, dan perpustakaan.

Ia juga menunjukkan bahawa sekolah berkenaan mempunyai dewan auditorium yang sangat besar dan luas. Kelengkapan seperti kerusi yang digunakan dalam dewan tersebut menyerupai dewan kuliah di universiti atau pejabat, turut membuat ramai kagum.

Sumber Gambar: MNTP
Sumber Gambar: MNTP

Yang lebih mengagumkan lagi, sekolah itu juga menawarkan sukan menarik seperti berkuda, memanah, renang, golf, bola sepak, dan bola jaring.

Video yang memaparkan fasiliti di sekolah tersebut secara tidak langsung membuatkan ramai kagum serta menyifatkannya seperti kolej swasta. Malah, ramai yang sanggup membayar jumlah yang mahal untuk kebajikan anak-anak sekiranya mereka memasuki sekolah tersebut.

BACA LAGI : Tirai Besi Bukan Penghalang Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2023

Sumber: X

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN