
Isi Kandungan
ToggleZaman sekarang ni kalau nak beli kerepek biasa pun dah berganda-ganda harganya. Disebabkan itu ramai yang mencipta resipi sendiri dan hasilnya lebih berbaloi.
Seperti apa yang dilakukan oleh Wann Rohani di laman Facebooknya, resipi Mac & Cheese Crispy menjadi viral setelah mendapat lebih kurang 5.1k shares di media sosial.
Sesuai sangat la kalau korang nak jadikan kudapan ini sebagai kuih raya last minit. Hiks!
Bahan-bahan:
– Makaroni/pasta
– Cheese powder
Cara memasak:
1. Masukkan makaroni dalam mangkuk dan rendam dengan air selama 45 minit. Tak perlu rebus,rendamkan saja.
Kalau rendam lama sangat pun takut kembang. Kalau sekejap sangat, nanti goreng jadi keras pula. So, dalam 45 minit tu dah just nice la
2. Selepas 45 minit, pasta kelihatan kembang sikit. Kalau tak nak keras selepas digoreng, rendam dengan lebih lama
3. Panaskan minyak, sedia untuk digoreng
4. Semasa menggoreng, jangan kacau-kacau dan pastikan setiap ketul pasta tersebut tidak melekat
5. Selepas bertukar menjadi warna keemasan, tos kan pasta
6. Kemudian, masukkan pasta yang telah digoreng tadi dalam bekas yang ada penutup. Masukkan cheese powder
7. Akhir sekali, tutup bekas dan goncang sampai kesemua bahan rata
8. Siap! Inilah hasilnya, sangat mudah dan yang penting sedap
Anna Jobling Bintangi Filem Di Indonesia, Jadi Pelakon Utama Satu Kebanggaan Buat Industri Seni Tanah Air

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), memuji pencapaian aktres jelita, Anna Jobling, yang membanggakan industri perfileman Malaysia menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Indonesia, iaitu Lembayung dan Laut Tengah.
Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman, mengakui bahawa amat mencabar bagi pelakon dari Malaysia untuk mendapat kepercayaan memegang peranan utama dalam karya terbitan negara seberang, memandangkan filem tempatan sukar menambat hati penonton di Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tuah’ Lembayung, Anna Jobling Kini Laris & Bakal Bintangi 3 Filem Lagi Di Indonesia!
“Walaupun beberapa pelakon Malaysia berjaya mencipta nama di Indonesia terutama dalam siri televisyen.
“Anna benar-benar layak menerima pujian kerana berjaya memegang watak utama dalam filem yang ditayangkan di pawagam. Ini adalah pencapaian yang kita patut banggakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, beliau juga menambah bahawa kejayaan bekas peserta Dewi Remaja itu diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara industri filem Malaysia dan Indonesia, sekali gus membuka jalan untuk lebih ramai bakat tempatan menempa nama di peringkat antarabangsa.
ARTIKEL BERKAITAN:Dikritik Tak Layak Jadi Juri, Anna Jobling Enggan Ambil Pusing
“Kami di Finas berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia akan semakin kukuh dengan lebih banyak projek filem bersama yang komersial terutama apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Anna Jobling turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan.
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan yang diberikan. Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang, tetapi hasil sokongan ramai termasuk pihak pengurusan saya, pasukan produksi dan peminat.
“Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon dan penggiat seni tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Saya juga teruja untuk terus berusaha mengangkat nama industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” luahnya.
Sekadar info, Anna kini sedang dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama bintang terkenal tanah air seperti Maya Karin, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FINAS
Big Stage Minggu 1 : Amir Hasan Kena ‘Prank’ Tersingkir, Ajai Pula ‘Tibai’ Hafiz Zainal

Err, banyak ya drama yang berlangsung pada siaran langsung konsert Big Stage malam ini walaupun baru pada minggu pertama!
Namun sebelum itu, kami ingin menyenaraikan dulu beberapa perubahan yang dllakukan oleh produksi Big Stage pada musim ketiga ini.
Pertama sekali, konsert minggu terpaksa diadakan dalam situasi norma baharu di mana jumlah penonton yang dibenarkan masuk ke dewan Putrajaya International Convention Centre (PICC) adalah terhad.
Perubahan juga berlaku pada set penjurian tetap apabila Dayang Nurfaizah menggantikan tempat duduk Datuk Seri Siti Nurhaliza. Manakala, komposer terkenal Ajai menyertai penyanyi ‘Lelaki Teragung’ itu serta Faizal Tahir.
Walaupun terdapat 3 juri tetap, hanya 2 kad imuniti saja diberikan kepada mereka untuk menyelamatkan mana-mana peserta daripada tersingkir sepanjang musim ini.
Haa, okay lets spill the tea!
Topik trending pada malam ini tentunya terarah kepada pemarkahan rendah oleh Ajai terhadap beberapa peserta Big Stage. Malah salah seorang daripada 12 peserta yang bertanding hampir tidak mendapat sebarang markah daripada Ajai!
Ajai memberikan hanya 2% kepada Dr Hafiz Zainal, 21% kepada Nana Sheme dan 20% kepada Amir Hassan!
Manakala, markah Ajai untuk peserta lain rata-rata dalam linkungan 50% ke 60%. Sebelum korang kecam Ajai seperti yang sedang berlaku di Twitter sekarang, perlu diingat bahawa Dayang Nurfaizah juga agak tegas dengan pemarkahan beliau. 7 peserta memperolehi markah dibawah 60% oleh Dayang.
Di Mana Silapnya Peserta?
Ajai nyata tak berdolak-dalih dalam sesi memberi komen.
Kata Ajai kepada Amir, “Awak sedap mata memandang tapi tak sedap telinga mendengar. Banyak sangat benda yang awak kena polish, banyak sangat. Menyanyi ini bukan setakat hobi, ia adalah satu pemberian.
“Bila menyanyi secara live, awak perlukan lontaran suara agar awak seiring dengan live band. Kedua, awak kena kenal not, pitching. Walaupun awak kurang dari segi bakat semula jadi, tapi awak masih ada semangat untuk belajar,” tegur Ajai.
Sampai berpeluh lah Amir dibuatnya bila mendengar komen sedemikian!
But that is not the end, Dr Hafiz Zainal menjadi ‘mangsa’ kepada pemarkahan 2% oleh Ajai.
Terus-terang, Ajai menyatakan nyanyian Hafiz sumbang sepanjang penyampaian lagunya.
“Jangan benci saya, tetapi saya tak boleh beri poin apa-apa untuk nyanyian awak. Dari awal hingga akhir, you are out of tune.
“Lain kali, jangan perasan awak sumbang. Awak kena alert, pastikan kalau dah sumbang itu jangan sambung menyanyi. Bila dah sumbang, cuba hum sehingga dapat key yang betul. Atau kalau awak buat pengsan pun lagi best.”
Yikes!
Kalaulah kami menerima komen sebegitu rupa, hhm tak tahulah apa nak buat atas pentas tu.
Keputusan juri pada akhirnya nyata tidak menyebelahi Amir, Hafiz dan Nana apabila mereka sebulat suara diletakkan di kedudukan 3 terendah. Here comes another drama.
Selalunya, konsert pertama tidak akan menyingkirkan mana-mana peserta. Namun pada kali ini, juri seakan tidak tahu sama ada ingin menyelamatkan Amir Hasan yang berada di kedudukan terendah.
Amir dinamakan sebagai peserta pertama yang meninggalkan Big Stage pada musim ini, dan sempat untuk memberikan ucapan lagi. “Saya ingin berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi peluang.
“Terima kasih kepada kru produksi, famili, kelab peminat dan rakan-rakan baru saja yang memberi ilmu dan pengalaman. Babah (kepada ayah Amir yang baru meninggal dunia), sekurang-kurangnya Amir dah sampai atas pentas,” ucapnya.
20 saat terakhir sebelum program menutup tirai, Alif mengejari Amir ke belakang pentas untuk mengumumkan tiada penyingkiran akan dilakukan pada minggu ini.
Wait, what?!
Rata-rata penonton di akaun YouTube siaran langsung Big Stage juga keliru akan apa yang sedang berlaku dan beranggapan ini adalah sebahagian daripada gimik produksi.
Amir meluahkan rasa syukurnya dapat ke konsert kedua pada minggu hadapan. Namun ramai yang masih keliru akan apa yang berlaku pada episod pertama ini.
Hhm, korang sempat menonton tadi? Apa pendapat korang?
Dari Top 3 Dewi Remaja 2005/06, Izreen Azminda Kini Bahagia Dengan Suami, Anak & Ruang Tamu Baharu

Wajah yang jelita, loghat utara dan gaya lakonan effortless mungkin sinonim dengan pelakon popular, Izreen Azminda malah mudah dicam oleh para penonton.
Namun tahukah korang, satu ketika dahulu, Izreen juga pernah bermula dari bawah dan menyertai pencarian Dewi Remaja 2005/2006 bagi menimba pengalaman serta mengorak langkah pertama ke dalam industri seni hiburan tanah air.
Izreen mengakhiri penyertaannya itu dengan bergelar pemenang tempat ketiga di belakang Scha Alyahya yang memenangi gelaran juara dan pemenang tempat kedua yang merupakan seorang gadis berbangsa Cina, Ivy Lee. Turut bertanding pada edisi ke-7 Dewi Remaja itu ialah Datin Rebecca Nur Al-Islam yang membawa pulang kategori Dewi Favourite.
ARTIKEL BERKAITAN: Manis Berhijab! Lihat 9 Dewi Remaja Yang Telah Berhijrah Imej – REMAJA
Biarpun kini jarang muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama terbaru, Izreen Azminda masih aktif sebagai seorang selebriti.
Anak kelahiran Perlis ini bijak mengimbangi antara perihal kerjaya dan keluarga bahagianya; apatah lagi setelah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adrian Umar (hasil perkahwinan dengan jurukamera, Muhammad Riza), Aaron Ibrahim dan Ali Idrees (hasil perkahwinan dengan pemuzik bebas, Ude Wahid).
Manakala, Ude pula dikurniakan dua cahaya mata bernama Arish Muqri dan Ariq Muqri daripada perkahwinan terdahulu dengan Intan Salleh.
Terbaru, Izreen telah membuat kemunculan di program realiti ubah suai kediaman, Impiana Makeover Ruang Selebriti di saluran Astro Ria, dua minggu lalu.
Menerusi episod tersebut, Izreen telah memberi kebebasan kepada pengacara program, Catriona Ross dan pereka dalaman, Ben Firdaus untuk mengubahsuai ruang tamu kediamannya dan Ude berkonsepkan Industrial dengan bantuan penaja program, Ella Furniture.
Apa lagi, kru di sebalik tabir ubah suai ini terus memberikan impak terbaik dengan memadankan sofa three-seater, sofa bed dan wing chair.
Bukan hanya kecantikan ruang yang dititik beratkan. Pereka dalaman juga mengambil kira kelasakan lima orang ‘hero kecil’ Izreen serta keselesaan mereka sekeluarga. Anti-calar, mudah!
Yang pasti, Izreen terkejut besar dengan hasil ubah suai di ruang tamunya yang serba luas itu.
“Jom kita buat kenduri la ni juga. Nak habaq dekat semua orang rumah kami lawa!” sahut Izreen bila membuka matanya.
Seronok bila melihat reaksi sebegini dan dikongsikan pula dengan suami tercinta serta anak-anak. Untungnya Izreen, enjoy the new space!
BACA LAGI: 10 Wajah Anak Bekas Dewi Remaja, Patutlah Comel – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.