Kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan prestasi mereka terutamanya peminat nombor satu sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

“Macam Ada ‘Level Up’ Je!” Chong Wei Bangga Aaron Chia-Wooi Yik Akhiri Kemarau 18 Tahun Malaysia Di Peringkat Asia

Selepas pilihan keenam kejohanan itu menewaskan beregu tuan rumah Chen Bo-Liu Yi pada Ahad dengan skor 21-19, 21-17 dalam masa 47 minit, Chong Wei menerusi satu kenyataan tidak teragak-agak menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.

“Tahniah yang sebesar-besarnya kepada Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik di atas kemenangan hebat anda di BAC hari ini!

Ads

“Anda berdua menunjukkan semangat juang, kemahiran dan ketabahan yang luar biasa di gelanggang. Malaysia bangga dengan anda.!

“Cayalah… macam ada level up je!” catatnya menerusi hantaran di Facebook dan Instagram rasmi bekas pemain perseorangan lelaki badminton nombor satu dunia itu.

Chong Wei juga berharap agar Aaron-Wooi Yik untuk mengekalkan konsistensi dan sekaligus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.

Ads

“Macam Ada ‘Level Up’ Je!” Chong Wei Bangga Aaron Chia-Wooi Yik Akhiri Kemarau 18 Tahun Malaysia Di Peringkat Asia

Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$37,000 atau kira-kira RM164,000 manakala pasangan China itu menerima AS$17,500 (RM77,000) di kedudukan naib juara.

Ads

Sekadar info, ini bukanlah kali pertama Aaron-Wooi Yik melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Asia. Mereka pernah bertarung di aksi final kepada edisi 2022 di Muntinlupa, Filipina namun kecundang kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusuma-Yeremia Rambitan 21-23, 10-21.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI