Macam Adegan Filem Hindustan! CBI Tahan Pegawai Polis Miliki Duit Rasuah RM394 Juta

Share

Bila menonton filem tamil mahupun Hindustan, kita sering disajikan adegan polis menerima rasuah dari pemimpin politik, gangster dan juga orang berkepentingan. Jika sudah menerima rasuah, biasanya semua kesalahan ditutup sebelah mata saja.

Ada juga adegan memaparkan pegawai polis yang cuba membanteras gejala rasuah dan tak makan umpan diberikan oleh golongan politik ini. Semua jalan cerita seakan mengiyakan budaya rasuah di kalangan penjawat awam itu wujud.

Terkini, bagaikan adegan dalam filem, seorang pegawai polis dengan pangkat Assistant Commissioner Yelmakuri Narasimha Reddy yang memiliki harta 70 juta rupee bersamaan RM394 juta.

Perghhhh, rasa-rasa perut buncit tak? Hikz.

Dalam satu siri tangkapan paling mengejutkan di India, pihak Badan Anti Rasuah India (CBI) menangkap pegawai polis ini yang asetnya mencecah 70 juta rupee.


Kekayaan pegawai korup ini diketahui selepas satu serbuan dibuat di Telangana hingga Andhara Pradesh yang mana ia termasuk ladang pertanian dimilikinya.

Dari satu siasatan pihak CBI India melakukan 25 penyerbuan di lokasi berbeza. Bermula dari Hyderabad hingga ke daerah Anantapur.

Ia adalah harta dikumpulkan dengan mengambil rasuah serta kegiatan jahat lain dilakukan oleh pegawai polis ini.

Huh, macam dalam filem pulakkan. Dan pastinya time begini, ada hero kacak yang akan datang membelasah konco-konco yang melindungi polis ini seorang diri.

Ketika ditangkap, Reddy dikatakan bertugas di bahagian Malkajgiri yang berada di Penyelaras Komisarat Polis Rachakonda. Dalam satu laporan berita oleh Gulf News, Reddy dikatakan memulakan kerjaya polisnya pada tahun 1991 dengan pangkat Sub Inspektor.

Dalam kejadian ini, pihak berkuasa telah menyita tanah miliknya seluas 22 hektar di Anantapur, gedung empat tingkat di Hyderabad, dua biji rumah, dua akaun bank, bisnes lain serta pelaburan di beberapa buah estet. Malah hasil siasatan menjangkakan nilai 70 juta rupee ini akan meningkat selepas semua siasatan dilakukan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros