“Macam Beraya Di Istana Buckingham” – Koleksi Raya Rizalman Ibarat Tonton Teater

Share

 

Merasalah kami semua beraya seperti di perantauan sebentar tadi.

 

Saban tahun, salah satu daripada pertunjukan fesyen paling dinanti-nantikan sebelum memasuki musim Raya Aidilfitri ialah koleksi Rizalman For Zalora.

Jika pada tahun lalu, Dato’ Rizalman Ibrahim ‘membawa’ penonton ke negara India bersama Izara Aishah dengan inspirasi ala Bollywood. Kali ini, inspirasi Royal Escort keluarga Diraja Inggeris pula dipilih oleh team beliau.

Sebaik saja menyambut kehadiran tetamu VIP seperti Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Noor Neelofa, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aishah, Dayang Norfaizah, Hael Husaini dan ramai lagi, tiba giliran Rizalman untuk muncul sebagai ‘King Riz’ lengkap dengan uniform khas dan cape

panjang.

Amboi, amboi..

Momen comel tentulah apabila kedua-dua anak bujang Rizalman iaitu Umar dan Ali menyampaikan bunga tangan kepada Baginda.

Semua orang tahu persembahan pentas Rizalman for Zalora tidak pernah mengecewakan. Tahun ini, mereka menaikkan skala dengan mainan lampu dan muzik yang memberi penghormatan kepada budaya bumi Inggeris. Rekaan set singgahsana dan tempat duduk penonton membuatkan penulis terasa seperti berada di dalam istiadat rasmi Istana Buckingham. Hehe..

Koleksi lebih 60 pasang baju Raya pada kali ini mendapat sentuhan corak flora Inggeris, corak seni abstrak, detailing riben dan corak jalur untuk memberi pilihan kepada pembeli di Zalora.

Selesai kesemua model memperagakan baju masing-masing, tiba giliran ‘King Riz’ untuk berangkat pulang. Tetapi sebelum itu, beliau menjamah ayam goreng dulu. Sempat eh!

Secara keseluruhan, penulis percaya ramai yang boleh menyarung koleksi Raya kali ini memandangkan potongan dan hasil rekaannya bersesuaian untuk dibawa beraya walaupun berkonsepkan Inggeris.

Ini yang tak sabar nak raya ni! Hehe..

Published by
FZ