Wow, berita baik lagi buat rakyat Melaka…
Jika sebelum ini, Melaka dilaporkan akan memiliki taman tema bertaraf antarabangsa sebagai satu lagi tarikan pengunjung ke negeri itu tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Melaka Tunggu 4 Tahun Lagi Untuk Ada Taman Tema Bertaraf Dunia
Terbaru, menurut laporan Sinar Harian Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan sedang merancang membina sebuah terowong dasar laut bagi sistem rel yang menghubungkan negeri itu dengan Dumai, Indonesia.
Ketua Menterinya, Sulaiman Md Ali berkata, jika mengikut perancangan jangka panjang, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka yang jaraknya sepanjang 47 kilometer.
Sementara itu, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Ab Raub Yusoh berkata, setakat ini sebuah firma telah menyatakan minat untuk membina terowong itu, tetapi projek tersebut tidak dapat dimulakan kerana ia memerlukan persetujuan dan kelulusan dari Kerajaan Indonesia.
Selain itu, firma berkenaan hanya bersetuju untuk menampung kos pembinaan 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.
Sekiranya perancangan itu berjalan lancar, pembinaan terowong tersebut hanya akan mengambil masa empat hingga lima tahun sahaja.
Projek itu juga dijangka akan menyumbang kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang lebih tinggi bagi negeri itu di mana ketika itu Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan yang dilihat semakin meningkat.
Wah…menariknya..
BACA LAGI : Tiada Lagi Bukit St Paul, Lokasi Ikonik Di Melaka Kembali Dengan Nama Asal
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar Harian