Setiap kali pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat muncul dengan drama televisyen baharu, pasti ada saja perkara berbangkit yang akan membuatkan nama drama arahannya itu tular.
Jika sewaktu drama sekuel Nur 2 ditayangkan tahun lalu, semua tertarik dengan cara pelakonnya, Uchee Fukada bermulut bertih sehingga tular dua kali.
Tak kurang juga semasa drama Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz ditayangkan. Sekali lagi nama Budak Ijat menjadi bahan warganet setelah babak koma di wad hospital dikatakan tidak menggunakan peralatan perubatan yang betul. Babak Mira bermain gitar di sebelah suaminya yang telah koma juga tak terlepas daripada dijadikan ‘bahan’.
Kali ini, Budak Ijat muncul dengan drama yang sedang ditayangkan di saluran TV3, Takdir Yang Tertulis dan sekali lagi, penulis sudah dapat mengagak akan ada babak yang akan menjadi pertikaian warganet.
Ia melibatkan episod sembilan di mana Ean (Alvin Chong) bertindak keluar dari kereta dan cuba mengejar peragut yang menyerang Juweta (Nad Zainal) namun gagal.
Ads
Apa yang menjadi pertikaian adalah mengapa Ean tidak mengejar motosikal peragut itu dengan keretanya saja?
Dalam satu muat naik di Instagram oleh Budak Ijat, beliau mengakui akan kesilapan pada skrip tersebut “dengan harapan penonton tak perasan”.
Malah beliau menganggap kesilapan itu adalah kesan daripada penggambaran yang memakan masa terlalu lama sehingga ke waktu tengah malam; hinggakan logik di sebalik babak tersebut tidak terfikir dek akal semasa berada di set.
Ads
Okay je lah sekiranya Budak Ijat memahami mengapa warganet mempertikaikannya. Semua drama tak sempurna, pasti ada cacat celanya.
Apa yang kurang enak adalah apabila beliau seakan memerli penonton di Malaysia terutama peminat K-drama dengan berkata kesilapan pastinya dilakukan oleh mana-mana produksi.
“It is okay. Ini menunjukkan drama Takdir Yang Tertulis ini tidaklah hebat mana pun. Ia tetap penuh dengan kesilapan sama dengan drama-drama lain termasuklah drama Korean yang korang megah-megahkan sangat tu,” catatnya.
Apa lagi gaiss, melentinglah peminat K-Drama bila membaca kenyataan tesebut.
Ads
@Arezhami berkata, “Admit ada flaws cantik dah, tapi perli audience memang silap bro.”
o@xhjtbz_ pula beranggapan, “Kalaulah drama Korea buat kesilapan macam ini, silap-silap rating jatuh teruk kena kecam. Nak compare pun agak-agaklah.”
Seperti ramai warganet, @MiryoAmran tidak memahami sentimen perbandingan yang dilakukan. “Apa kaitan dengan drama Korea pula ni?”
Kata @bstforc pula, “A very big mistake compare drama Korea dengan drama Melayu. Their pre-production must be detailed. Bukan megahkan but we choose the best to entertain us. I wish he will get new ideas and make better drama.”
Hhm, bila satu dah bersuara, memang segerombolan lah yang akan datang menyerang Budak Ijat.
Apapun, ini bukanlah kali pertama beliau menerima komen seperti ini daripada penonton.
Asalkan drama Takdir Yang Tertulis ini masih menjadi pilihan penonton sejagat dan sering menguasai trending topic di Twitter semasa ditayangkan, kira hebatlah tu penangan idea Budak Ijat. Publisiti percuma dapat, rating pun dapat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang dapat menidakkan kehebatan naskah bersiri Lord of The Rings nukilan J.R.R Tolkien yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk filem arahan Peter Jackson?
Novel dan filem tersebut terlalu ikonik, popular serta masih relevan sehingga kini. Korang yang mengikuti perjalanan karakter untuk mencari dan memiliki sebentuk cincin berkuasa dari The Shire ke Modor pasti tidak jemu mengulang tonton.
Kini, sebentuk cincin lagi ‘muncul’ sebagai elemen utama penceritaan. Kedengaran seperti Lord Of The Rings, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah drama bergenre romantic comedy oleh WarnerMedia.
Drama berjudul Adventure of the Ring ini merupakan sebuah drama episod berbahasa Mandarin yang diadaptasi daripada novel romantik tulisan Lai I-Wei ‘Ring of the Day’.
Ia menceritakan mengenai beberapa pasangan yang menjumpai sebentuk cincin pertunangan dan bermula apabila Yi Zhi (Chris Wang) cuba merancang untuk merisik teman wanitanya. Namun, dia cuai dan kehilangan cincin pertunangan tersebut semasa di atas gerabak tren.
Sepanjang percubaan mereka untuk mencari cincin tersebut, Yi Zhi dan Lisa (Allison Lin) kembali melihat apakah makna cinta dan masa depan untuk mereka setelah cincin itu beralih tangan ke beberapa pasangan lain.
Cer tonton teaser untuk drama Adventure of the Ring ini di bawah.
Berdasarkan teaser ini, cincin tersebut memang mempunyai kuasa mirip cincin di dalam filem Lord of the Ring. Cumanya, ia mampu untuk merapatkan atau memecahkan hubungan cinta di antara pasangan.
Macam menarik kan?
Nantikan Adventure of Tthe Ring yang akan ditayangkan bermula 13 Disember ini pada jam 9 malam di HBO Go dan HBO (saluran Astro 411 HD). 8 buah episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Ahad.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi ciapan @wnhsevond di aplikasi X, nama pelakon itu disebut berikutan isunya bersama seorang wanita yang didakwa telah dibuli oleh pelakon tersebut.
“Aku harap Uqasha happy la buat kawan aku macamtu, kali ni tuntut di padang mahsyar is real.
“Semoga Uqasha berbahagia di dunia, court case nak tuntut juta-juta tak dapat? Sebab Allah tu maha adil,” tulisnya dalam thread tersebut.
Wanita yang didakwa dibuli pelakon tersebut sudah meninggal dunia dan selamat dikebumikan pada Rabu, 1 November 2023.
Uqasha dilihat hadir memberi balasan pada ciapan berkenaan menerusi akaun X miliknya, @Uqashasen meminta untuk bersua dengan wanita yang membuat hantaran ciapan tersebut.
Wanita yang didakwa dibuli oleh pelakon itu, Atikah Zawani difahamkan telah meninggal dunia pada 31 Oktober 2023 di Hospital PPUM. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sekitar jam 10.30 pagi semalam.
Buat masa ini, Uqasha belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tuduhan ini. Apa-apa pun semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan berharap kes ini dapat selesai dengan baik.
Two is DEFINITELY better than one!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong Wook muncul dengan naskah baharu, tidak sukar untuknya menarik penonton daripada pelbagai peringkat umur untuk setia menonton setiap episod tanpa gagal.
Hhm, apa agaknya rahsia di sebalik pengaruh Dong Wook ini selain – of course – bakat lakonannya yang digemari ramai?
Kata Dong Wook sewaktu sidang media drama terbarunya, Bad and Crazy yang kini boleh ditonton di platform penstriman iQiyi, setiap watak yang ditawarkan kepadanya haruslah mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan daripada watak-watak yang pernah dijayakannya.
Lee Dong Wook bersama Wi Ha Jun semasa sidang media Bad and Crazy. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
Sebagai contoh dalam siri Bad and Crazy, ia menceritakan tentang karakter Dong Wook, Ryu Su Yeol yang merupakan detektif dalam misi mereka untuk menentang isu rasuah dalam kalangan ahli polis. Beraksi di samping Wi Ha Joon, pada awalnya Su Yeol hanya fokus pada keinginan materialistik. Namun setelah berdepan beberapa situasi (no spoilers from us!), dia akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih berdedikasi terhadap sistem keadilan dan juga peranan keluarga dalam hidupnya.
Menerusi karakter Su Yeol ini, Dong Wook juga harus membawakan sisi ‘split personality’ yang dihadapinya. Kongsinya, “Karakter ini mengawal tingkah lakunya. Walaupun berdepan cabaran, ia akhirnya memudahkan Su Yeol untuk memilih jalan benar.
“Saya enggan memainkan karakter sama, dalam genre yang sama. Bosanlah begitu, Sebab itu saya suka mencabar diri memainkan karakter berbeza setiap masa; sambil mempelajar perkara baru yang membuat saya puas.
“Untuk kekal menjadi ikutan bukan mudah. Tiada rahsia kecuali keikhlasan saya terhadap kerja (sebagai pelakon). Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Saya bernasib baik kerana penggiat industri dan peminat saya menyukai sisi diri saya itu, ia juga penyebab saya berada di masa saya ada sekarang.”
Lee Dong Wook ingin memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang disertainya. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
“Peminat saya sering menggesa saya untuk ‘take things easy’ tapi dengan bekerja keras dan terus-menerus mencabar kemampuan diri inilah yang membuatkan saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya dalam sidang media tersebut.
Menerusi Bad and Crazy juga, Dong Wook berdepan banyak babak melibatkannya. Bayangkan sajalah, dia muncul dalam 80 peratus babak pada setiap episod. Ia sekaligus memerlukannya berada di set untuk tempoh paling lama berbanding pelakon dan kru yang ada.
Biarpun perkara tersebut memberikannya cabaran (selain perlu menghafal gerak-geri aksi menembak), Dong Wook tetap profesional atas dasar minat mendalam untuk seni lakonan.
Haa bukan mudah tau untuk berjaya hingga ke tahap Dong Wook. Di sebalik sisi glamor yang selalu dikaitkan dengannya, hanya dia yang mengerti jerih perih yang terpaksa dilalui.
Tonton 12 buah episod Bad & Crazy menerusi platform iQIYI hari ini. Selain Lee Dong Wook, Bad & Crazy turut dibintangi oleh Wi Ha Jun (Squid Game), Han Ji-eun (Be Melodramatic) dan Cha Hak Yeon (ahli kumpulan VIXX).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...