“Macam K-Drama Yang Korang Megahkan Tu..” Peminat Berang Pengarah Tempatan Perli

Share

 

Setiap kali pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat muncul dengan drama televisyen baharu, pasti ada saja perkara berbangkit yang akan membuatkan nama drama arahannya itu tular.

Jika sewaktu drama sekuel Nur 2 ditayangkan tahun lalu, semua tertarik dengan cara pelakonnya, Uchee Fukada bermulut bertih sehingga tular dua kali.

Tak kurang juga semasa drama Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz ditayangkan. Sekali lagi nama Budak Ijat menjadi bahan warganet setelah babak koma di wad hospital dikatakan tidak menggunakan peralatan perubatan yang betul. Babak Mira bermain gitar di sebelah suaminya yang telah koma juga tak terlepas daripada dijadikan ‘bahan’.

Kali ini, Budak Ijat muncul dengan drama yang sedang ditayangkan di saluran TV3, Takdir Yang Tertulis dan sekali lagi, penulis sudah dapat mengagak akan ada babak yang akan menjadi pertikaian warganet.

Ia melibatkan episod sembilan di mana Ean (Alvin Chong) bertindak keluar dari kereta dan cuba mengejar peragut yang menyerang Juweta (Nad Zainal) namun gagal.

Apa yang menjadi pertikaian adalah mengapa Ean tidak mengejar motosikal peragut itu dengan keretanya saja?

Dalam satu muat naik di Instagram oleh Budak Ijat, beliau mengakui akan kesilapan pada skrip tersebut “dengan harapan penonton tak perasan”.

Malah beliau menganggap kesilapan itu adalah kesan daripada penggambaran yang memakan masa terlalu lama sehingga ke waktu tengah malam; hinggakan logik di sebalik babak tersebut tidak terfikir dek akal semasa berada di set.

Okay je lah sekiranya Budak Ijat memahami mengapa warganet mempertikaikannya. Semua drama tak sempurna, pasti ada cacat celanya.

Apa yang kurang enak adalah apabila beliau seakan memerli penonton di Malaysia terutama peminat K-drama dengan berkata kesilapan pastinya dilakukan oleh mana-mana produksi.

“It is okay. Ini menunjukkan drama Takdir Yang Tertulis ini tidaklah hebat mana pun. Ia tetap penuh dengan kesilapan sama dengan drama-drama lain termasuklah drama Korean yang korang megah-megahkan sangat tu,” catatnya.

Apa lagi gaiss, melentinglah peminat K-Drama bila membaca kenyataan tesebut.

@Arezhami berkata, “Admit ada flaws cantik dah, tapi perli audience memang silap bro.”

o@xhjtbz_ pula beranggapan, “Kalaulah drama Korea buat kesilapan macam ini, silap-silap rating jatuh teruk kena kecam. Nak compare pun agak-agaklah.”

Seperti ramai warganet, @MiryoAmran tidak memahami sentimen perbandingan yang dilakukan. “Apa kaitan dengan drama Korea pula ni?”

Kata @bstforc pula, “A very big mistake compare drama Korea dengan drama Melayu. Their pre-production must be detailed. Bukan megahkan but we choose the best to entertain us. I wish he will get new ideas and make better drama.”

Hhm, bila satu dah bersuara, memang segerombolan lah yang akan datang menyerang Budak Ijat.

Apapun, ini bukanlah kali pertama beliau menerima komen seperti ini daripada penonton.

Asalkan drama Takdir Yang Tertulis ini masih menjadi pilihan penonton sejagat dan sering menguasai trending topic di Twitter semasa ditayangkan, kira hebatlah tu penangan idea Budak Ijat. Publisiti percuma dapat, rating pun dapat.

Published by
FZ