Pengacara televisyen popular tanah air, Hani Fadzil antara figura yang tidak perlu dipertikaikan lagi bakatnya sebagai seorang hos.
Namun begitu, dek kerana tidak berimej seksi, pengacara berusia 31 tahun itu tampil mendedahkan dirinya tidak diterima menjadi hos oleh ‘client’ yang lebih memilih penampilan berbanding bakat yang dimiliki.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Kenal Erti Putus Asa. Top 5 Dewi Remaja 2019, Shatirah Amanda Pertaruh Single Terbaharu ‘Langit Bukan Limit’
Perkara tersebut didedahkan Hani menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya dengan turut memuat naik perbualan mesej mengatakan pihak tersebut hanya mahukan hos berimej seksi.
“Hani, ini tak jadi. Mereka nak host dengan imej seksi,” tulis mesej tersebut.
Pada perkongsian sama, bekas penyampai radio Era itu memaklumkan selalunya dia tidak menerima tawaran disebabkan pengikut di laman sosial yang tidak ramai.
“Tak dapat job sebabkan bakat saya (X), tak dapat job sebab tak seksi (/). Macam ini pun boleh. Selalu tak dapat job sebab tak cukup followers. Ini tak seksi pula,” ciapnya.
Tidak menjangkakan pendedahannya menjadi bualan hangat, Hani berkata dia memahami setiap pihak mempunyai keutamaan dalam memilih siapa yang mereka mahukan.
Meskipun pernah ditolak gara-gara wajah tidak cukup cantik dan pengikut laman sosial kurang, dia bagaimanapun menegaskan dia tidak akan pernah berputus asa dalam mencari rezeki.
“Tak sangka benda ini akan menjadi kecoh. Perkara itu saya faham bahawa sesetengah pelanggan mempunyai keutamaan mereka sendiri. Terasa nak berkongsi kerana inilah realiti yang kita hadapi.
“Saya juga pernah dapat ‘sorry tak cukup followers‘, ‘Sorry you bagus tapi tak cukup cantik’ sebelum ini. Tapi saya tidak akan pernah putus asa,” jelasnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Hani Fadzil