“Macam Irama Lagu Moana”, Netizen Terpesona Dengar Alunannya Azan Dari Hawaii

Share

Biasanya kalau sebut pulau-pulau menarik untuk kita melancong, mesti terlintas dalam kepala Hawaii kan?

Tarikan utama yang ada di pulau-pulau ini adalah air lautnya yang jernih kebiru-biruan, selain mempunyai pantai yang bersih, hutan, bukit-bukau serta perkampungan komuniti yang mendamaikan.

Manoa Mosque yang dibangunkan pada tahun 1980 Sumber: Travel Detik

Namun tahukah anda, di Hawaii juga terdapat saudara kita yang beragama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN : Masjid Di Gombak Laung Azan Maghrib Awal 3 Minit, Puasa Jadi Batal & Wajib Diganti

Malah kalau korang nak tahu, Hawaii pun ada masjidnya sendiri yang dinamakan Manoa Mosque yang dibangunkan pada tahun 1980.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, rata-rata masyarakat Islam berpandukan kepada laungan azan di masjid, televisyen mahu pun radio sebagai tanda telah masuk waktu berbuka. Malah,  tular video di TikTok

memaparkan seorang muazzin sedang mengalunkan azan di sebuah masjid di Hawaii.

 

@encik.mastermindAzan versi Hawai. Semoga Allah terima azan yang sangat cantik ini♬ سبحان الله – Ali Dawud

Lelaki tersebut kelihatan sangat bersemangat dalam melaungkan azan dan keunikan alunan azannya juga yang jarang-jarang didengar membuatkan ramai yang terpesona.

Untuk info, kebanyakan umat Muslim di Hawaii pada mulanya merupakan para pendatang dari Asia Timur dan Afrika. Malah mereka juga telah membentuk Muslim Association of Hawaii

di sana.

Merdu sungguh laungan Azan dari Hawaii ni kan?

Sumber : TikTok, Travel Detik

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana