Jika dua perkataan dapat menggambarkan empunya pemilik nama Amy Mastura ini, pastinya perkataan tersebut adalah ‘awet muda’!
Sejak usia 20-an sehinggalah ke memasuki usia separuh abad kini, penyanyi Bintang Hati ini pasti akan menuai pujian daripada orang ramai mengenai betapa wajahnya tidak dimamah usia.
Peminat Amy sendiri kadangkala tidak sedar penyanyi kegemaran mereka ini sudahpun mempunyai dua orang anak dara yang sudah menginjak ke usia remaja.
Puteri sulungnya, Adriana baru meraikan hari kelahiran yang ke-22 pada 21 April 2023. Manakala anak keduanya, Adalia pula telah memasuki usia 18 tahun pada pertengahan April lalu.
Masing-masing diraikan dalam mood berhari raya. Namun apa yang menarik perhatian peminat Amy adalah bagaimana ringkas, ‘sempoi’ dan bersederhana cara keluarganya meraikan tarikh-tarikh sambutan istimewa ini.
Cukup sekadar menempah kek, bergambar di dapur kediaman secara lengkap bersama empat ahli keluarga. Malah, foto berbaju raya Amy sekeluarga juga sekadar diambil di ruang tamu; tidak seperti cara segelintir masyarakat kini yang sanggup melaburkan masa dan tenaga demi merakam foto kenangan.
Hakikatnya, cara ‘sempoi’ Amy Mastura dan keluarganya inilah yang mendekatkan dirinya kepada peminat yang mengekorinya di akaun Instagram.
Di ruangan komen, ramai juga warganet yang memuji kecantikan awet muda yang dimiliki Amy dan kata mereka, tidak mustahil ‘aset bernilai’ ini akan diwarisi oleh Adriana dan Adalia.
ARTIKEL BERKAITAN: Petua Kecantikan Guna Beras Macam Orang Dulu, Barulah Kulit Lawa Dan Naik Seri! – REMAJA
“Dalam Malaysia ni ada 2 je Wanita Vampire (tidak dimamah usia), kak Amy dan isteri abang Faizal Hussein. Depa ni memang awek muda natural, bukan pergi ‘cucuk-cucuk’.”
“Nape awet muda sangat ni.”
“Sempoi je Raya. Tengok pun sejuk dan selesa.”
“Macam kakak & adik! Harap warisi awet muda ibu.”
“Lawanya anak dara.”
“Muka sooo mak dia.”
“Betul-betul macam muka KekMi time jadi pramugari dulu.”
“Anak dah besar, Amy Mastura masih macam dulu-dulu juga. Awet muda.”
Tidak kurang juga ada yang memuji gaya tudung Amy yang kelihatan persis ahli kerabat diraja.
“Wow akak look Raja-Raja Brunei lah.”
“Kakak ala-ala royalty.”
BACA LAGI : Pelakon 90-an, Azah Aziz Throwback Zaman Finalis Dewi Remaja – REMAJA
Apapun, ramai yang mendoakan kesejahteraan, kebahagian dan kesihatan mereka sekeluarga. Bila orang baik-baik, doa yang dikirimkan pun sentiasa yang baik-baik, kan!
Kalau korang ingin mengetahui cara pelakon, Liyana Jasmay mengekalkan keremajaan wajahnya pula, klik video di bawah.
@remaja.my “You Do You..Be In Your Lane & Be Happy” -Liyana Jasmay 😊 Meskipun sudah berusia 35 tahun, tapi pelakon jelita @LiyanaJasmay ini nampak seperti remaja je🥰😍 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #fyp #fypシ #liyanajasmay ♬ original sound – Remaja
FOTO: Instagram @amymasturalerr
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.