Muhammad Zaid Erakad Bin Hasbullah atau lebih dikenali dengaan Akad merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2021. Pemuda berbadan sado ini juga pernah dikatakan mirip bekas Hero Remaja, Kamal Adli dan mempunyai karakternya yang tersendiri dalam mencuri hati para peminat.
Sama tak dengan Hero Kamal Adli guys?
View this post on Instagram
Penampilan Akad yang tegap sudah menceritakan tentang bakatnya dalam bidang sukan. Remaja yang pernah berjaya membawa pulang 4 pingat kemenangan ini telah memikul tugas sebagai seorang jurulatih bola lisut di sebuah sekolah rendah selama tiga tahun.
Kini, Akad lebih fokus kepada tugas menjual nasi lemak bersama ibunya di trak makanan sebagai kerjaya utama.
Adat berniaga, tidak selalunya langit cerah. Menurut anak ke empat dari lima beradik ini, pelbagai dugaan dilalui sepanjang menolong ibunya berniaga.
“Habis SPM saya terus tolong mak saya berniaga, macam-macam rintangan yang dilalui oleh saya dan mak. Sebagai contoh jika cuaca hujan dan lauk tidak habis, sebagai peniaga tak elok la simpan dan jual lauk itu hari esoknya. Jadi kami akan bungkus dan hantar ke masjid atau beri kepada orang yang memerlukan.”
Menurut finalis Hero Remaja ini, dia mula berniaga sejak zaman persekolahan lagi dengan mengambil tempahan nasi lemak daripada rakan-rakan sekolahnya.
Terdahulu, Akad pernah menyahut cabaran melakonkan watak ‘stunt’ dalam filem Paskal. Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang seni, remaja yang ceria dan mudah didekati ini berpotensi besar untuk mengembangkan minatnya.
“Perasaan semasa mendapat panggilan daripada pihak produksi, sudah tentu saya sangat terkejut dan tidak sangka terpilih menjadi antara finalis Hero Remaja 2021. Waktu tu saya dah tahu bahawa doa dari mak ayah, kawan-kawan dan doa saya sendiri telah dimakbulkan Tuhan. Sejujurnya saya sudah tidak sabar untuk melihat apakah cabaran yang akan dilalui oleh finalis tahun ini,” jelas Akad.
Tahniah kami ucapkan buat Akad kerana terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Akad untuk menjadi Hero Favourite korang dan jangan lupa, follow Ideen di laman sosialnya untuk melihat update terbaru.