Selain kesihatan mental dan fizikal, seorang penyanyi juga perlu menjaga suara dengan baik kerana itu aset buat mereka.
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang penyanyi demi menjaga pita suara mereka dan salah satunya mengamalkan minuman dan makanan secara tradisional.
Terbaru, tular satu video di Tiktok penyanyi kelahiran British, Zayn Malik menunjukkan salah satu minuman yang diamalkannya bagi menjaga suaranya.
Ads
Menerusi video singkat yang dimuat naik itu, bekas ahli kumpulan One Direction itu menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman rasanya seperti madu. Zayn juga menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.
Ads
“Ini seperti madu dari China. Ia sangat bagus untuk pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa”
“Saya bawa ini ke mana saja saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air, memang best…”
Dalam pada itu, ia telah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular yang dikenali warga tempatan.
Ads
Rata-rata mereka berasa lucu dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut diamalkan penyanyi antarabangsa ini. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada ribut tiada angin, secara tiba-tiba , pempengaruh media sosial dan pelakon, Harris Annuar telah menerima mesej mengejutkan berbaur ugutan santau daripada seorang individu yang tidak dikenalinya.
Menerusi hantaran foto di akaun Instagram Harris, dia mendedahkan rantaian mesej ugutan yang diterimanya awal pagi semalam.
Jelasnya, individu itu telah mengugut untuk menghantar santau akibat rasa tidak puas hati terhadapnya.
Mesej tersebut berbunyi, “Kau ingat ini, kau tunggu bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ini bukan benda main-main aku serius.
“Aku janji nama Allah, aku akan buat santau kau. Jangan terlalu senang-lenang sangat. Aku tak kisah kau artis, kau raja mana-mana negeri ke. Ini aku aku nak pesan dekat kau, kau simpan dalam otak kau okay.”
Justeru, Harris mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam Seksyen 9 semalam. Laporan dibuat memandangkan ia adalah mesej ugutan serius dan Harris sendiri enggan perkara yang sama dihadapi orang lain terutamanya rakan selebriti yang khabarnya pernah diugut oleh individu sama.
Biarpun sudah membuat laporan polis, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2017 ini tampil ke hadapan bagi memastikan agar sesiapa yang pernah terasa hati dengannya untuk memaafkan kesilapan yang mungkin pernah dilakukannya.
“Di kesempatan ini, saya pun tak tahu sebenarnya saya salah apa atau dengan siapa. Tapi tak mengapa, saya tetap ingin minta maaf andai kata saya pernah menyakiti hati sesiapa atau membuat sesiapa merasa tidak selesa tanpa saya sedari.
“Kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari daripada kesilapan,” katanya sambil memohon doa kepada Ilahi agar hanya melindungi dirinya daripada sebarang keburukan yang berpunca daripada dirinya sendiri.
Tindakan Harris membuat laporan polis telah menerima sokongan daripada beberapa selebriti tempatan yang berharap agar individu tersebut menerima pengajaran daripada perbuatan keterlaluan ini.
Antaranya termasuklah Khai Bahar, Alif Muhaimin, Fendy Bakry, Ezlynn, Uyaina Arshad dan Safwan Nazri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ramai yang patah hati dengan perkhabaran terbaru dari pelakon jelita dari Singapura ini.
Hannah Delisha hari ini telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati apabila gambarnya menyarungkan busana pengantin dimuat naik dilaman instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi IG, Hannah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya disamping seorang lelaki dengan berpakaian baju nikah serta kapsyen mengucapkan rasa syukur diatas penikahan mereka.
Dalam kapsyen yang dibuat, Hannah mengucapkan syukur selepas lima tahun penantian dia sah bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Imam Shah.
Muat naik momen indah
Rentetan daripada itu, di instagram suaminya juga turut berkongsi momen indah ketika bernikah dan menyarung cincin sebagai bukti sah bergelar pasangan suami dan isteri.
Ramai di antara kita tertanya bagaimana seorang individu berumur 40-an boleh kelihatan seperti mereka di usia 20-an? Ramai menyatakan memilih cara hidup sihat, mengamalkan senaman, mengambil pemakanan sihat dan tidak membiarkan masalah menghantui kehidupan mereka akan membuatkan individu tampak muda berbanding usia.
Dalam pada itu, ramai antara kita pasti mahu tahu apakah makanan atau buah-buahan yang sesuai diamalkan untuk mereka yang ingin kurus dan tampak muda dari usia. Tahukah korang, buah avocado sangat sesuai diamalkan kalau mahu cantik. Walau harganya sedikit mahal tapi apa salahnya, janji nampak muda. Betul tak?
Baca perkongsian dibuat oleh Dr Fatimah Salim dari fb Makmal Makanan (MaMa) mengenai khasiat buah avocado.
Avocado atau nama saintifiknya Persea americana Mill, boleh di kategorikan sebagai makanan ‘superfood’ kerana ianya kaya dengan pelbagai nutrisi dan fitokimia kimia yang perlu untuk kesihatan umum badan. Umumnya avocado mengandungi 73% air, 15% lemak, 8.5% karbohidrat di mana kebanyakkannya adalah serat dan 2% protein.
Setiap 100 g avocado mengandungi 6.7 g serat, 0.66 g gula (jenis glukosa, fruktosa, sukrosa dan galaktosa), 480 mg potasium, 8 mg sodium, 29 mg magnesium, 0.2 mg kuprum dan vitamin (A, C, E, B, K).
Menariknya kandungan lemak avocado adalah lemak sihat di mana 71% daripadanya adalah dari jenis monounsaturated fatty acids (MUFA), 13% polyunsaturated fatty acids (PUFA) dan selebihnya 16% adalah saturated fatty acids (SFA). Lemak sihat ini boleh membantu mengurangkan triglycerides dan kolesterol jahat (low-density lipoprotein- LDL) secara signifikan dan meningkatkan kolesterol baik (high-density lipoprotein-HDL) dalam darah.
Lemak baik ini juga boleh membantu menyerap vitamin dan fitokimia larut lemak dari makanan lain yang diambil bersama avocado.
Antara fitokimia yang terdapat dalam avocado ialah carotenoids iaitu lutein dan xeaxanthin yang baik untuk kesihatan mata, serta sterol, acetogenin dan flavonoid yang bertindak sebagai antioksida yang membantu dalam mengekalkan kesihatan sel-sel badan.
Beberapa kajian klinikal peringkat awal menunjukkan perkaitan baik memakan buah avocado dengan kesihatan jantung dan peredaran darah badan. Dapatan beberapa kajian awal pula mencadangkan avocado mungkin boleh membantu dalam mengawal berat badan, membantu dalam proses penuaan yang sihat (healthy ageing) dan mengurangkan sakit sendi (arthritis).
Pun begitu, avocado juga mengandungi karbohidrat jenis tidak hadam (fermentable oligo-, di-, monosaccharides and polyols- FODMAPs) oleh sesetengah individu yang mana akan menjadi makanan kepada bakteria dalam usus. Dan boleh menyebabkan pengumpulan gas (kembung) atau kerap buang angin. Maka, mereka yang ada masalah ‘angin’ perlu mengelakkan pengambilan.
Sesetengah individu juga boleh mengalami alahan kepada getah avocado (latex allergy) yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala dan sakit perut.
Nota: Mengambil avocado dengan susu sememangnya akan memberikan rasa yang sedap disebabkan keserasian komposisi keduanya. Namun penambahan gula daripada susu akan menurangkan manfaat yang sepatutnya diperolehi daripada avocado itu sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berdepan detik mencemaskan apabila bas ekspres yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.
Dalam...