Hiburan

“Macam Madu Dari China!”, Zayn Malik Teruja Kongsi Tips Amalan Penjagaan Suara

Share

Selain kesihatan mental dan fizikal, seorang penyanyi juga perlu menjaga suara dengan baik kerana itu aset buat mereka.

Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang penyanyi demi menjaga pita suara mereka dan salah satunya mengamalkan minuman dan makanan secara tradisional.

Terbaru, tular satu video di Tiktok penyanyi kelahiran British, Zayn Malik menunjukkan salah satu minuman yang diamalkannya bagi menjaga suaranya.

Menerusi video singkat yang dimuat naik itu, bekas ahli kumpulan One Direction itu menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman rasanya seperti madu. Zayn juga menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.

“Ini seperti madu dari China. Ia sangat bagus untuk pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa”

“Saya bawa ini ke mana saja saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air, memang best…”

Dalam pada itu, ia telah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular yang dikenali warga tempatan.

Rata-rata mereka berasa lucu dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut diamalkan penyanyi antarabangsa ini. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE