“Macam Majalah Vogue” – Koleksi Foto Raya Keluarga Che Ta Memikat Hati Netizen

Share

Tak sah kalau tak ‘over the top’

Begitulah yang sesuai digambarkan apabila imej primadona Malaysia, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta muncul di fikiran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berbaloi La Mak Hang Berkepak Cari Duit..” Anak Teruna Che Ta Genggam ‘Double Degree’

Walaupun sudah mencecah umur 50 tahun, namun gaya penampilan pelakon ini tidak pernah menghampakan peminat. Sentiasa menyerlah, kemas rapi dan anggun menawan.

Beliau yang kini sudah hampir 10 tahun bergelar isteri kepada pelakon dan model, Zain Saidin juga amat menitikberatkan penampilan setiap ahli keluarga tersayang. Lihat sahajalah setiap kali keluarga bahagia ini keluar bercuti pasti bergambar dengan outfit yang matching dan letops!

Maka tidak hairanlah apabila koleksi gambar raya keluarga bintang kelahiran Alor Setar ini tular di laman media sosial baru-baru ini.

Tampil dengan tema warna berlainan dari hari raya pertama hinggalah kelima, netizen nyata terpaku dan kagum dengan kualiti ‘photoshoot’ raya tersebut.

“Che Ta dan keluarga of course paling meletup tiap raya,” ujar seorang pengguna.

“Kalah keluarga Kim Kardashian,” seloroh pengguna lain.

“Nombor syatu!” komen Mira Filzah.

Namun yang paling mencuri perhatian sekali ialah anak bongsunya, Aisyah Dhia Rana, yang saling tak tumpah seperti anak patung dek kerana kecantikan rupa parasnya meskipun baru berusia 8 tahun.

Kecantikan anak perempuan pelakon itu turut menyebabkan warganet menyamakan rupa parasnya seperti watak Renesmee dalam siri filem Twilight.

“Macam kena edit CGI betul! Ala-ala Renesmee anak Edward,” ujar pengguna Twitter.

“Cantik betul macam anak patung lah Aisyah ni!” komen pengguna lain.

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan? Apa-apa pun keluarga Che Ta setiap kali bergambar memang akan mencuri perhatian warganet. Salute!

BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Rozita Che Wan

Published by
Adriana Syaurah